Kisah Balotelli Memanggil Aguero Bongok Selepas Momen ‘AguerOooOo’

Penjaring gol sepanjang zaman di Man City, Sergio Aguero meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim 2020/21 dan menyertai Barcelona.

Kontrak penyerang Argentina berusia 32 tahun itu berakhir tiada kesepakatan baharu dicapai di antara kedua dua pihak.

Aguero, yang menyertai City dari Atletico Madrid pada tahun 2011, telah menjaringkan 247 gol dalam 374 penampilan untuk City.

Aguero telah memainkan peranan utama dalam kebangkitan City dalam beberapa musim – era pemilikan Sheikh Mansour di kelab tersebut.

Dan paling ikonik adalah detik menjaringkan gol kemenangan ketika menentang QPR pada tahun 2012 yang merangkul gelaran pertama Liga Perdana Inggeris dalam 44 tahun.

“Sumbangan Sergio kepada Manchester City selama 10 tahun terakhir tidak dapat dilanjutkan,” kata ketua pengarah Man City, Khaldoon Al Mubarak.

“Kelegendaan beliau akan terpahat dalam ingatan semua orang yang mencintai kelab dan mungkin juga pada mereka yang suka bola sepak.”

Aguero memuat naik ucapan selamat tinggal yang menyentuh perasaan untuk para peminatnya.

“Apabila kitaran ini menuju penghujungnya, banyak detik sensasi muncul.”

“Satu kepuasan dan kebangaaan bagi saya bermain untuk Man City sepanjang 10 musim penuh, perkara yang luar biasa bagi pemain profesional pada hari dan zaman ini.”

“Sepuluh musim dengan pencapaian besar, di sampig kejayaan saya menjadi pencetak gol terbanyak dalam sejarah dan menjalin ikatan yang tidak dapat dihancurkan dengan semua orang yang mencintai kelab  ini –  mereka adalah orang yang akan sentiasa ada di hati saya.”

“Saya menyertai semasa era pembinaan semula tahun 2011, dan dengan bimbingan pemilik dan sumbangan ramai pemain lain, kita berjaya menempatkan diri di tempat di antara yang terhebat di dunia.”

“Tugas untuk mengekalkan kedudukan istimewa ini selayaknya akan dipikul oleh orang lain.

“Bagi saya, saya akan terus berusaha semaksimum mungkin untuk memenangi lebih banyak gelaran dan membawa lebih banyak kegembiraan kepada peminat.”

“Kemudian, tahap baru dengan cabaran baru akan bermula, dan saya sepenuhnya sudah siap sedia menghadapinya dengan semangat dan profesionalisme yang sama yang selalu saya dedikasikan untuk terus bersaing di level tertinggi.”

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan bahawa rundingan dengan Aguero menjadi rumit kerana kelab perlu menghormati beliau sebagai pemain berstatus legenda.

Aguero kemudian menyertai Barcelona – kelab yang dicintai Guardiola. Namun malangnya detik bersama Barcelona tidak lama selepas beliau terpaksa bersara awal kerana masalah jantung.

Aguero dikejarkan ke hospital selepas perlawanan menentang Alaves kerana sesak nafas. Dan kemudian disahkan mengalami masalah jantung.

Selepas beberapa minggu mendapat rawatan, Aguero akhirnya terpaksa akur dan memutuskan untuk bersara.

Pengumuman persaraan Aguero baru sahaja dibuat. Dia berkata dia perlu mengutamakan kesihatannya, jadi dia terpaksa bersara.

“Kesihatan saya diutamakan. Kakitangan perubatan berkata pilihan terbaik ialah berhenti bermain bola sepak.”

“Jadi sekarang saya akan meninggalkan Barcelona dan bersara daripada bola sepak profesional,” katanya.

Sebagai pemain bola sepak, Aguero mempunyai rekod yang hebat. Beliau telah bermain sebanyak 802 perlawanan sepanjang kariernya.

Daripada 802 penampilan itu, dia berjaya mengumpul 436 gol.

Detik Aguerooooo!

Ianya dianggap sebagai salah satu detik paling gila dalam bola sepak. Di mana Manchester City dan Man United menentukan kejuaraan pada hari terakhir liga. Tak sah kalau bercerita tentang Aguero tanpa ada kisah Aguerooooo!

City memerlukan kemenangan di Etihad selepas Man United yang menamatkan perlawanan di sebelah lagi stadium.

Pada masa kecederaan, Aguero menerima bola daripada Balotelli yang sudah kehilangan keseimbangan badannya. Aguero dengan tenang melakukan body feint dan merembat masuk.

Dengan itu marilah kita ulang kembali detik AguerOOoOOooO:

Aguero berkongsi detik tersebut dalam buku autobiorafinya “Born to Rise.”

“Masa tu tak ada ruang untuk melakukan percubaan. Dan saya melihat peluang untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti. Ketika saya menolak bola melepasi Taye Taiwo, saya merasakan ada kontak dari belakang, saya berfikir adakah saya nak penalti ataupun meneruskannya. Tapi kontak itu terlalu minima dan saya meneruskannya.”

“Dan itulah dia, satu satunya peluang yang saya harapkan akan muncul dan saya harus memanfaatkannya, jadi saya merembat bola sekuat mungkin dan berharap hasil terbaik.”

“Saya masih ingat, ketika melihat bola menggegar jaring, mendengar jeritan gegak gempita. Saya membuka jersi saya dan memutarkannya di atas kepala. Ianya menjadi agak gila.”

Di sebuah lagi stadium, Manchester United sudah yakin mereka akan juara namun dikejutkan dengan berita bahawa Aguero baru sahaja menjaringkan gol kejuaraan untuk pasukannya.

Pemain pemain United ada yang masih terpinga pinga mahukan pengesahan perkara itu.

Balotelli: Eh bongok, aku sayangkan kau

“Saya tahu masa perlawanan sudah berakhir dan gol itu akan memberikan kami kejuaraan. Namun saya masih terkejut dan hanya sedar ketika rakan rakan saya meluru ke arah saya dan memeluk saya sehingga saya terbaring di atas padang. Mereka memberitahu mereka sayangkan saya.”

“Mario kemudian merangkul saya dan berkata: You f***ing idiot! I love you big b****cks!”

Aguero meninggalkan City dengan menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu kelab.

Beliau juga mencatatkan rekod sebagai pemain dengan rekod purata minit setiap gol yang terbaik.

Sebelum meninggalkan England, Aguero sempat mendapatkan nota ulasan perlawanan ikonik ketika detik Agueroooo satu ketika dahulu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di