Kisah Boot Havertz Yang Digunakannya Membuat Skil Licik Cetuskan Gol James

Kai Havertz semalam menunjukkan aksi yang cemerlang sekali lagi dalam perlawanan besar. Sebelum ini peminat Chelsea melihat pemain antarabangsa Jerman itu memberikan mereka gol kejuaraan Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Kai Havertz turun dalam kesebelasan utama Chelsea dalam aksi derbi London. Pemain itu menjadi pemain yang berjaya menjadi penghubung kepada barisan tengah dan serangan Chelsea.

Salah satu skil yang paling menarik dipamerkan bekas pemain Leverkusen itu adalah ketika dia terus bertahan ketika hilang keseimbangan badan dan melakukan vertical pass kepada Marcos Alonso.

Gerakan itu telah mencetuskan gol kedua Reece James. Kerana Alonso berjaya mendapat ruang yang sangat besar.

Alonso kemudian menghantar kepada Lukaku, namun pemain itu dicabar oleh pemain Arsenal, tetapi bola disambut oleh Mason Mount yang kemudian menghantar kepada Reece James.

James tanpa berlengah terus merembat masuk menewaskan Bernd Leno. Chelsea mendapat gol kedua setelah Lukaku memberikan mereka gol pertama.

Sebenarnya, boot yang digunakan Havertz untuk melakukan skil itu adalah boot yang direka khas untuk kebajikan.

Selepas tamat perlawanan Havertz memuat naik gambar boot itu di Twitternya dan menulis: “Persembahan berpasukan yang hebat sekali! Sebagai sebahagian daripada kempen kutipan dana, 100 boots akan didermakan kepada Rotes Kreuz [palang merah] Jerman.”

Boot itu akan dilelong kepada pembida.

Sebelum sepak mula di Emirates, Kai Havertz sudah mendermakan €200,000 kepada persatuan Palang Merah Jerman untuk membantu mangsa banjir di negaranya.

Havertz kemudian bekerjasama dengan Nike untuk menghasilkan boot khas untuk aksi berdepan dengan Arsenal.

Havertz juga akan mendermakan 100 pasang boot beliau kepada kebajikan tersebut untuk mereka gunakaan bagi mendapatkan dana.

Satu usaha yang murni daripada Kai Havertz. Itulah sebabnya bola sepak itu lebih daripada sukan. Di mana penyokong akan cuba sedaya upaya menyokong pemain mereka, terutama sekali pemain kelahiran tempat mereka.

Sebagai balasan, pemain pemain ini akan mengharumkan nama tempat kelahirannya dan pasa masa yang sama boleh menabur bakti membantu masyarakat di sesuatu komuniti.

Baca yang lain