Kisah Bromance Dua Legenda, Gatusso Dedahkan Pirlo Sebagai ‘Iblis’ Sebenar

Gennaro Gattuso dan Andrea Pirlo pernah mewujudkan gandingan yang luar biasa di tengah ketika era Ancelotti. Pirlo melakukan tugas menghantar bola dan Gattuso pula melakukan kerja-kerja kotor di dalam padang.

Gandingan mereka berdua dilihat saling melengkapi. Mereka sebahagian penting daripada generasi emas Milan era Ancelotti.

Gattuso pernah hampir menarik diri dan tukar kerjaya ketika hari pertama melihat Pirlo beraksi di atas padang.

Ini kerana menurut Gattuso, rakannya itu adalah penanda aras seorang pemain tengah elegan. Sedangkan dia pula pemain yang terhad dengan kerja defensif dan membentes.

Ketika wartawan bertanya, adakah aksi defensif Gattuso membuatkan Pirlo menjadi pemain lebih baik. Gattuso dengan ganas menjawab dan dengan percuma sang wartawan mendapat.

Gattuso menyatakan sebaliknya Pirlo yang membuatkan dia lebih baik.

“Jangan mengarut boleh tak! Jangan nak kelirukan orang dengan bandingkan nutella dengan tahi (sh*t). Saya dulu, hampir tukar profesion selepas tengok dia bermain.”

“Cuma saya tahu, setiap kali saya dalam kesukaran atas padang, maka saya akan bagi saja bola kat dia [dan masalah saya selesai].”

“Saya bertanya, jika begitu cara Pirlo bermain di tengah, adakah orang macam saya ni layak bermain bola sepak?”

“Ketika saya mula bermain, saya tak sangka yang dia lebih bagus dari saya. Kami mula bermain bersama ketika mewakili pasukan B-15 Itali dan kesemua peringkat remaja.”

“Ini bukan soal kualiti, dia dulu juga seekor binatang buas, mampu ‘cover’ 1,000 meter di dalam padang. Beliau pernah ada kualiti atletik itu. Itulah sebab kenapa dia boleh bermain sampai usia 38 tahun.”

“Dahulu dia seorang yang banyak berlari. 20 tahun saya bermain bersama-sama beliau di semua peringkat. Kalau saya rasa buntu dalam padang, saya akan cari dia dan hantar bola kepada dia. Saya sentiasa rasa selesa beraksi di sebelah Pirlo.”

“Saya tahu tugas saya, dan dia akan lakukan selebihnya. Pirlo banyak membantu saya di dalam karier saya berbanding dengan apa yang saya telah bantu beliau di dalam karier.”

Pasti ramai tak percaya jika orang kata Pirlo ni ibarat iblis perangai dia. Dan ramai yang akan percaya kalau iblis itu adalah Gattuso.

Namun menurut Gattuso, Pirlo adalah si iblis dan anak si*l yang nampak baik di luaran.

Kerana di atas padang Pirlo nampak good good je. Tetapi di bilik persalinan Pirlolah satu satunya manusia yang boleh membuatkan hidup Pirlo tak keruan.

“Di bilik persalinan, dia memang anak yang sial – dengan rendah diri saya sangat hormati ibunya. Dia paling banyak mengenakan saya. ”

“Pirlo seorang yang sangat kelakar. Dia orang yang paling banyak makan ‘penumbuk’ saya. Lebih daripada Bud Spencer lakukan kepada Terrence Hill.”

Pirlo kemudian terpaksa meninggalkan AC Milan selepas Milan merasakan beliau sudah tidak mampu bermain baik lagi. Tetapi ketika di Juventus, Pirlo menikmati antara karier terbaik sekali lagi.

Gattuso tidak berkecil hati dengan pilihan Pirlo, walaupun ada ramai Milanisti masih marah dengan Pirlo.

Malah Gattuso menganggap Conte sebagai sebab utama Pirlo ke Juventus.

“Dia bertuah kerana bermain dengan Juventus selepas itu dan bekerja keras dengan Antonio Conte untuk menaikkan semula Juventus ke pentas Eropah.”

“Anda semua tahu yang Conte ni orang yang jahat untuk seminggu. Tetapi selepas anda kenal dia lebih, anda akan rasa selesa.”

“Pirlo perlukan seseorang yang tegas seperti Conte untuk menguatkan kembali kakinya dan cara bekerja di dalam padang. Pirlo mahu mendapatkan semula prestasi beliau ketika itu.”

“Pada pendapat saya, itulah sebab kenapa dia ke Juventus. Kerana Conte.”

Mereka berdua juga menjadi legenda Itali yang membantu negara itu menjuarai Piala Dunia.

Dan pada musim 2020/21, kedua dua mereka bertemu pada aksi Piala Super Itali, dalam aksi final. Yang kemudiannya dimenangi oleh Juventus bimbingan Andrea Pirlo.

Apa yang pasti, perjalanan karier kedua dua rakan ini sangat jauh sudah.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di