Kisah Delap: Atlet Rejam Lembing Yang Menggunakan Kepakarannya Di Padang Bola

Share on facebook
Share on twitter

“Dan satu hari nanti beberapa orang gila akan berkata ‘kami menang [perlawanan bola sepak] dengan menggunakan tangan.”

Itulah kenyataan Arsene Wenger satu ketika dahulu apabila diminta komen tentang lontaran panjang Rory Delap.

Pelancar misil di bahu

Lontaran panjang Delap pastinya masih segar di ingatan kita semua. Rory Delap John lahir pada 6 Julai 1976 merupakan bekas pemain bola sepak yang bermain sebagai pemain tengah.

Beliau mewakili Republic of Ireland dengan 11 kaps kebangsaan sepanjang karier.

Delap memulakan kerjaya di Carlisle United. Kecemerlangan beliau membuatkan Derby County menandatangani beliau pada 1998.

Pada 2001, Delap menyertai Southampton untuk rekod perpindahan kelab sekitar £4 juta. Selepas lima tahun di Southampton, beliau berpindah ke Sunderland.

Pada Oktober 2006 beliau menyertai Stoke secara pinjaman. Beliau pernah patah kaki ketika tempoh pinjaman tersebut.

Namun, Stoke tetap menandatangani Delap secara tetap pada Januari 2007. Beliau kemudian menjadi pemain penting membantu Stoke memenangi promosi kepada EPL.

STOKE-ON-TRENT, UNITED KINGDOM – MAY 04: Rory Delap of Stoke celebrates their promotion to next seasons Premier League with the fans after the Coca-Cola Championship match between Stoke City and Leicester City at Britannia Stadium on May 4, 2008 in Stoke, England. (Photo by Mark Thompson/Getty Images)

Fenomena lontaran panjang Delap

Siapa yang akan lupa penangan lontaran panjang beliau yang menggemparkan dunia bola sepak. Ianya ancaman yang sama bahaya dengan sepakan bebas.

Dek kerana kepakaran beliau ini – semua ingin tahu siapakah Delap . Lebih-lebih lagi apabila pengurus-pengurus ternama seperti Alex Ferguson dan Arsene Wenger turut berbicara tentang beliau.

Ancaman Lontaran Panjang Delap

Martin O’Neill menyifatkan Stoke mendapat lebih banyak bola mati berbanding pasukan lain. Ini kerana lontaran panjang Delap sama nilainya dengan sepakan penjuru ataupun sepakan percuma.

Ia boleh memberikan ancaman dari jarak 30-40 meter (98-131 kaki) atau purata 38m (125 kaki). Boleh mencapai kelajuan sehingga 60 km/jam (37mph) yang menjadi assist kepada gol Stoke City pada 2008.

Analisis pakar

Tony Pulis mendedahkan teknik Delap adalah berkaitan dengan kadar flateness (mendatar) dan jarak. Elemen yang membuatkan pertahanan sukar mengeluarkannya.

“Ia memberikan banyak masalah kepada pertahanan lawan kerana lontaran itu begitu mendatar. Ia tidak melengkung tinggi (curve) di udara.”

Pakar lontaran panjang, Mario Melchiot turut kagum dan melabelkan keupayaan Delap sebagai “1 lontaran ke dalam dari neraka” dan menjadi senjata utama Stoke.

Melchiot turut menyatakan bahawa tidak ramai orang dalam liga yang boleh mengeluarkan bola itu dengan sempurna.

Teknik

Untuk meningkatkan momentum lontaran panjang ini, Delap melakukan 4 rutin berikut:

1. Mengambil empat langkah ke belakang atau jarak paling maksima jika papan iklan terlalu dekat

2. Satu langkah panjang terakhir ketika melepaskan lontaran panjang

3. Ketika melakukan lontaran kaki ditanam dengan cukup stabil.

4. Bebaskan semua momentum ke hadapan, dengan itu ia akan meningkatkan kekuatan bola. Pastikan bola tidak terlalu tinggi. Ia harus mendatar untuk memastikan ia lebih kuat.

Delap berkata:

“Saya tidaklah bekerja keras sangat untuk membina kekuatan bahagian otot dan bahagian atas badan saya, walaupun saya banyak menggunakan tenaga di bahu dan otot belakang untuk memberikan ‘kuasa’.”

Untuk pengetahuan semua, Rory Delap merupakan bekas juara rejam lembing ketika sekolah tinggi.

Delap mementingkan kadar pada trajektori yang mendatar dan melepaskan lontaran sekuat yang mungkin ke arah titik sasaran.

Kadar putaran/spin di titik belakang bola membantu untuk melawan graviti supaya bola kekal mendatar pada kadar yang lebih lama di udara.

Delap biasanya mensasarkan dua pemain yang tinnggi 6 kaki atau lebih di dalam target zone.

Ya! Target zone, ini berkaitan dengan perancangan taktikal. Di bahagian target zone pemain tinggi akan berada di situ. Delap mempunyai kualiti yang sangat baik untuk tidak terkurang atau terlebih dari zon itu.

Analisis Lee Dixon

“Saya tidak pernah melihat sesiapa yang berupaya melakukan lontaran panjang seperti Delap. Saya percaya ia ibarat peluru ataupun ‘misil’ beliau untuk mencipta tujuh daripada 13 gol liga Stoke setakat ini (November 2008).”

“Saya juga kerap melakukan lontaran panjang dahulu, tetapi saya hanya pentingkan kekuatan bola supaya ia masuk kedalam kotak penalti dan tidak mementingkan ketepatan.”

Dixon menambah faktor peraturan permainan juga banyak membantu.

“Anda tidak boleh ofsaid dalam situasi lontaran ke dalam, jadi penyerang boleh berada sejauh mana di dalam kotak penalti.”

Antara kejayaan lontaran panjang Delap

Pada musim EPL 2008/09 lontaran Delap akan mencetuskan cubaan gol sekurang kurangnya 2 cubaan gol dalam satu perlawanan.

Kedua-dua gol Stoke ketika tewas 3-2 kepada Everton pada 14 September 2008 adalah hasil bantuan oleh lontaran Delap ini. Selepas itu pengurus Everton ketika itu, David Moyes menggelar Delap sebagai “Human Sling”.

Kemudian, Delap menggunakan keupayaannya untuk membantu 2 gol Stoke dalam kemenangan penuh bersejarah dan legendary Arsenal (2-1) di Stadium Britannia pada 1 November 2008.

Bekas pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari melabelkan teknik itu sebagai “hebat” dan menasihatkan agar penjaga gol jangan sesekali cuba mencabar bola itu tanpa persediaan latihan yang cukup.

“Ia Mungkin bukan bola sepak yang indah (beautiful football) tetapi ia yang berkesan.”

Arsene Wenger tak suka!

Walaupun ramai yang kagum dengan keupayaan Delap adalah salah satu kelebihan pasukan Stoke ketika itu, Arsene Wenger pula tidak bersetuju. Wenger menganggap ia bukan satu kelebihan pasukan sebaliknya ia ibarat satu ketidakadilan.

“Sebagai contoh di Stoke, Rory Delap melontar bola seperti menendang bola. Ia adalah sedikit “kelebihan” yang “tidak adil”.

“Dia menggunakan kekuatan yang biasanya bukan satu kekuatan yang sepatutnya diiktiraf dalam bola sepak.”

“Bola sepak adalah permainan yang paling popular di dunia yang menggunakan kaki. Dan satu hari nanti beberapa orang gila akan berkata ‘kami menang dengan menggunakan tangan.”

Wenger juga membantah tentang masa yg diambil oleh Delap agak lama untuk mengelap bola. Wenger serta berberapa pengurus mendesak agar penyediaan tuala di luar padang harus dihentikan oleh FA.

Banyak stadium selain Britannia mengambil tuala dan melarang ball boy membantu menyediakan tuala.

Delap legenda dengan cara tersendiri

Apapun kritikan kepada teknik ini, lontaran Delap adalah antara fenomena dalam bolasepak dunia walaupun secara teknikal dia adalah bukan pemain yang cukup bagus.

Delap pemain bola sepak yang terhad dalam menggeleck, hantaran bola, visi, dan lemah duel. Tapi hanya kerana satu kepakaran lontaran ke dalam beliau menjadi satu nama yang diingati dalam bola sepak.

Ramai yg boleh melakukan lontaran panjang namun tak ramai yang konsisten memberikan ancaman berterusan terutama untuk mencipta peluang.

Delap adalah Legenda dengan cara tersendiri

 

Baca yang lain