Kisah Hatrik Jonathan Soriano Hatrik Pada Hari Dia Seharusnya Bercuti Meraikan Kelahiran Anaknya

Pemain bola sepak juga merupakan manusia biasa. Mereka bekerja dan berkeluarga. Bersempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ini, saya ingin kongsikan kisah mengenai seorang pemain bola sepak yang merupakan seorang bapa dan juga komitmennya kepada kerjaya.

Jonathan Soriano ialah seorang pemain bola sepak berbangsa Catalonia yang ketika ini sedang bermain untuk kelab Girona. Beliau memulakan karier awal di Espanyol dan Barcelona B. Pada musim panas 2012,  beliau telah berhijrah ke Red Bull Salzburg di Austria.

Bermain di posisi penyerang, beliau mempunyai penyudah yang sangat tajam. Rekodnya di Salzburg amat mengagumkan. 120 gol dalam 144 perlawanan. Dahsyat!

Cristina, Abril dan Hatrik

Pada 20 April 2013, Salzburg dijadualkan untuk menentang Wolfsberger AC dalam perlawanan liga. Soriano diberikan kelepasan kerana sedang menunggu kelahiran anak ketiganya.

Cristina Sabater selamat melahirkan bayi perempuan ketiga mereka yang diberi nama Abril pada pagi tersebut di samping Soriano.

Selepas semua urusan di hospital selesai, Soriano memberitahu jurulatih, Roger Schmidt bahawa dia bersedia untuk bermain. Soriano terus bergegas ke Red Bull Arena untuk menyertai perlawanan.

Ketika beliau sampai, beliau telah menerima sambutan bak seorang hero oleh rakan-rakan di bangku simpanan.

Separuh masa pertama telah tamat dengan keputusan 2-2.

Inspirasi Abril

Beliau telah meminta untuk dimasukkan pada permulaan separuh kedua. Inspirasi dari kelahiran anaknya, Soriano telah memacu kemenangan pasukannya dengan beliau sendiri menjaringkan hatrik! Ya tuan-tuan, hatrik!

Hanya 5 minit selepas kemasukannya, Soriano berjaya menemui sentuhan jaringan. Beliau meloloskan diri dari kawalan 2 pertahanan Wolsberger sebelum melambungkan bola melepasi penjaga gol.

Rakan sepasukannya, Alan Carvalho yang merupakan bapa kepada 2 cahaya mata menambah gol keempat Salzburg pada minit ke-58. Alan atau nama baharunya A Lan, kini merupakan antara pemain naturalisasi baharu China.

Gol kedua Soriano hadir dari sepakan penjuru pada minit ke 76. Beliau melakukan larian ke “near post” lalu melakukan tandukan untuk menggegarkan jaring Wolfsberger buat kali kelima pada perlawanan itu.

Soriano melengkapkan hatriknya dan gol keenam Red Bull Salzburg pada minit ke 87 dengan sepakan padu selepas menerima hantaran Kevin Kampl (anak dua).

Kampl yang kini bermain di satu lagi kelab Red Bull, RB Leipzig menerima bola di bahagian tepi padang sebelum melakukan “cut inside” dan menghantar bola melepasi 2 pertahanan lawan sebelum disudahkan oleh Soriano.

Salzburg memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 6-2.

3 gol dari bapa kepada 3 orang anak memberikan 3 mata berharga kepada pasukannya dalam perebutan takhta liga. Menurut Soriano selepas tamat perlawanan.

“Hari ini merupakan hari yang indah buat saya. Saya tidak akan melupakan detik ini dengan cepat.”

Abril Masa Kini

Abril kini sudah berusia 7 tahun. Mengharungi usia kanak-kanak nya bersama 2 kakak yang lain, Adriana dan Daniela.

Hargai Sementara Masih Ada

Haa, apa lagi. Capai fon mahal anda, call atau mesej ucapan Selamat Hari Bapa kat ayah, abah, baba, daddy, papa atau papi anda segera. Hargailah mereka sementara masih ada masa.

Trivia: Babi membawa maksud bapa dalam bahasa Albania. Tak percaya? Cuba tanya Dua Lipa.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali