Kisah Kelakar Pemain Dibuang Padang Kerana Namanya ‘Watt’

Dalam bola sepak ada banyak peristiwa yang kelakar berlaku. Berbalik kepada tahun 2018, seorang pemain dibuang padang kerana dikatakan biadap dan melawan pengadil.

Bekas pemain Arsenal, Sanchez Watt ketika itu bermain untuk Hemel Hempstead Town yang bermain dalam liga bawahan Inggeris — Liga Kebangsaan Zon Selatan – menentang East Thurrock.

Sanchez Watt kemudian mengasari pemain lawan. Dan pengadil melayangkannya kad merah.

Ketika sedang berbicara dengan Sanchez Watt, pengadil mengeluarkan pen dan mahu mencatit nama pemain itu.

Pengadil bertanya: “Siapa nama kamu?”

Sanchez Watt berkata: “Watt!”

Pengadil bernama Dean Hulme kemudian mentafsir Watt sebagai tidak mahu memberikan kerjasama. Lalu dia bertanya lagi.

Watt membalas: “Watt”

Pengadil sangat bengang kerana menganggap Watt berkata: Apa! Apadia!

Lalu pengadil melayangkan kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah, Sanchez Watt dibuang padang.

Kapten pasukan ketika itu terus bergegas ke arah pengadil dan bertanya kenapa pemain itu dibuang padang? Kapten turut cuba meminta penjelasan dariapda Watt, benarkah dia mempersoalkan keputusan pengadil?

Watt menyatakan dia cuma menjawab soalan pengadil yang bertanyakan namanya.

Kapten lalu memberitahu pengadil bahawa, pemain itu bernama Watt dan bukannya mempersoalkan pengadil dengan berkata what?

Pengadil kesal dengan salah faham itu dan segera menarik kad kuning kedua tersebut.

Pemilik kelab, Dave Boggins menjelaskan kepada BBC: “Salah faham antara pengadil dan pemain. Namun pengadil akhirnya sempat membetulkan keadaan. Rasanya, selepas itu semua orang rasa benda tu kelakar, termasuk pengadil sendiri.”

“Pengadil datang ke bilik persalinan kami dan meminta maaf di atas kesilapannya. Dia seorang yang sangat baik dan mengakui kesalahannya.”

“Pengadil turut merasakan perkara itu pun kelakar, harus diakui Mr Hulme seorang pengadil yang sangat bagus dan sentiasa bersikap adil.”

“Malam ini pun dia mengendalikan perlawanan dengan sangat baik.

Sebagai rekod, Sanchez Watt merupakan graduan Arsenal dan dipromosi ke pasukan senior pada usianya 18 tahun. Pernah menjaringkan gol menentang West Brom dalam aksi Piala Liga pusingan ketiga di Emirates pada 22 September 2009.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari