Kisah Kemahsyuran Beckham Membuatkan Kerajaan Sepanyol Mewujudkan Beckham Law

Kenapa terlalu banyak kes jenayah cukai di Sepanyol melibatkan pemain bola sepak, dan di negara lain isu ini tidak kerap berlaku?

Pemain bola sepak dan cukai di Sepanyol

Sejak beberapa tahun ini semakin ramai pemain termasuk pengurus berprofil tinggi ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan cukai di Sepanyol.

Misalnya, Messi dan ayah beliau, Jorge dikatakan telah menyembunyikan duit cukai sebanyak £3.6 juta. Cukai tersebut adalah cukai yang berkaitan dengan hak imej ataupun iklan.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan. Akibat ia kesalahan pertama dengan hukuman kurang 2 tahun, Messi dan ayahnya terselamat daripada ke penjara.

Seterusnya, Neymar juga dituduh terlibat dengan skandal yang serupa. Namun Neymar bebas daripada pertuduhan cukai, tetapi didapati bersalah dalam kes melibatkan perpindahan beliau dari Santos ke Bacelona.

Dalam beberapa minggu ini, dunia berbicara tentang Cristiano Ronaldo. Ronaldo dikaitkan dengan 4 kesalahan cukai sejak beliau menyertai Real Madrid. Hal ini membuatkan pemain ini sangat kecewa dengan kerajaan Sepanyol.

Jose Mourinho, Diego Costa dan ramai lagi semuanya terkena kerana cuka.

Kenapa pemain bola sepak di Sepanyol kerap dikejar lembaga cukai?

Pada 2003, David Beckham menyertai Real Madrid. Antara sebab Beckham dan ramai pemain bintang mahu ke Sepanyol adalah kerana dasar cukai di Sepanyol mereka yang longgar ke atas pemain bola sepak berbanding negara lain.

Pada 2005, Sepanyol memperkenalkan satu skim cukai yang lebih menarik kepada pemain-pemain bola sepak ini. Ini kerana La Liga mahu menarik lebih ramai pemain bintang dari luar bermain di negara mereka.

Dasar cukai khas ini digelar Beckham Law. Ini signifikan kepada Beckham sebagai individu pertama yang tertakluk di bawah akta cukai baharu, Royal Decree 687/2005.

Kerajaan Sepanyol hanya mengenakan cukai 24% kadar rata (flat) untuk pemain bola sepak yang berpendapatan kurang €600,000 setahun. Bagi yang lebih daripada €600,000, mereka dikenakan cukai 45%, kadar rata.

Di bawah Beckham Law, kerajaan Sepanyol tidak akan menuntut para pemain membayar cukai untuk pendapatan yang mereka jana di luar Sepanyol.

Ini termasuk hak imej. Hak imej adalah iklan dan kebiasaannya pemain bintang akan menjana banyak pendapatan menerusi iklan dengan syarikat global.

Ketika itu, keadaan ekonomi di Sepanyol berkembang dengan sangat baik. Inilah sebabnya ramai pemain dari luar berminat bermain dan kekal di Sepanyol.

Beckham Law dimansuhkan

Pada 2009, Beckham Law ini telah dikaji semula dan dibekukan seketika. Pada 2010, Beckham Law telah dimansuhkan

Semua pemain harus membayar semua hak imej mereka berdasarkan kadar cukai standard termasuk pendapatan di luar negara.

Sejak dari itu, penyiasat cukai di Sepanyol (tax inspectors) memulakan usaha proaktif untuk menjejak pendapatan yang dijana oleh pemain bola sepak di luar Sepanyol.

Maka bermulalah banyak episod pemain disabitkan dengan kesalahan cukai hak imej di luar negara. Menurut seorang inspektor cukai, Carlos Cruzado:

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, agensi cukai di Sepanyol telah meningkatkan kawalannya terhadap para pemain bola sepak dan syarikat mereka.”

“Banyak siasatan dan pemeriksaan dilakukan untuk mengetahui sama ada mereka berada di depan atau sama ada mereka benar-benar aktif secara ekonomi.”

“Selepas pemansuhan Beckham Law inilah, banyak kes mengelak cukai dan penyembunyian cukai dibongkar.”

Berapa sebenarnya pendapatan hak imej pemain-pemain ini?

Dalam kes Messi dan Ronaldo, ia adalah sama. Kedua-duanya dituduh mengelakkan cukai jualan hak imej ataupun hak cipta dengan menggunakan syarikat luar negara.

Ronaldo kecewa dan menyatakan pihak penguasa cukai Sepanyol cuba mengambil cukai di atas pendapatan beliau ketika di Manchester United ataupun sebelum beliau menyertai Real Madrid.

Pendakwaraya telah menuduh bintang Real Madrid mengelak cukai €14.7 juta antara 2011 dan 2014 melalui syarikat milik Ronaldo yang dikenali sebagai Tollin Associates, yang didaftarkan di British Virgin Islands.

Penyiasat Sepanyol mengatakan syarikat tersebut tidak mempunyai aktiviti ekonomi selain daripada membeli dan kemudian menyerahkan hak imej pemain kepada firma yang berpangkalan di Ireland.

Firma di Ireland itulah yang didakwa sebagai pihak yang benar-benar menguruskan penjualan hak imej Ronaldo.

Pendakwaraya juga mendakwa, wang yang diperoleh daripada hak imej telah dijelaskan dengan salah sebagai keuntungan modal, untuk mendapat manfaat daripada kadar cukai yang lebih rendah.

Adakah mereka mempertahankan diri?

Lionel Messi mengakui beliau bersalah. Messi memberitahu mahkamah yang segala urusan kewangan beliau ditadbir oleh ayahnya sejak dahulu lagi.

Jadi segala salah tadbir (mismanage) kewangan beliau adalah pada tangan ayahnya. Dan cuma ayahnya sahaja yang tahu hal sebenar.

Ronaldo pula, mengaku tidak bersalah. Kes beliau masih belum diputuskan lagi. Ronaldo menafikan beliau terlibat dalam skim mengelak cukai. Beliau berkata lagi:

“Saya tidak menyembunyikan apa-apa.”

Gestifute (agensi menguruskan Ronaldo) memberitahu yang klien mereka sentiasa komited akan tanggungjawab membayar cukai dan tidak pernah ada masalah dengan cukai termasuk ketika di England.

Gestifute siap memuat naik beberapa dokumen bukti di laman sesawang mereka.

Ronaldo melakukan perlarasan kepada cukai hak imej beliau seperti yang diminta kerajaan untuk hak imej di dalam Sepanyol. Pihak berkuasa mendapati Ronaldo mendapat 20% hak imej di Sepanyol.

Sebelum ini Ronaldo hanya membayar hasil daripada 10% hak imej beliau di Sepanyol.

Wujudkan kembali Beckham Law

Pengarah Real Madrid, Jose Angel Sanchez mendesak agar kerajaan Sepanyol mewujudkan semula Beckham Law. Beliau berkata:

“Kita risau melihat EPL dikelola jauh lebih baik dan mepunyai jumlah penonton yang lebih baik. Di sana para pemain sepak bola mendapat bayaran gaji lumayan dengan cukai yang lebih rendah.”

“Bagaimana kita mahu menjelaskan kepada pemain-pemain di luar sana untuk menarik mereka bermain di sini tanpa ada mekanisme seperti Beckham Law?”

“Saya bukan nak memperjuangkan agar pemain hanya membayar jumlah cukai yang kecil. Bagi saya, membayar cukai adalah tanggungjawab setiap pemain.”

“Namun kita harus melakukan sesuatu untuk perkara ini.”

Biasanya pemain akan mengelak ke penjara. Misalhnya Ronaldo, Mascherano, Messi dan Neymar berjaya mengelak dari dipenjara kerana hukuman mereka hanya melibatkan penjara kurang 2 tahun untuk kesalahan pertama.

Rumusan

Dasar cukai di Sepanyol yang berubah tetapi prosesnya tidak diselaraskan dengan efisien melibatkan semua pihak termasuk pihak ejen/pengurus cukai para pemain.

Perubahan dasar yang terlalu drastik pada 2010 berlaku apabila mereka melihat ramai bintang besar datang ke Sepanyol dan peningkatan publisiti La Liga.

Pemain-pemain seperti Alexis Sanchez, Angel Di Maria dan juga Falcao antara yang terpaksa membayar semula duit cukai yang mereka tidak selesaikan ketika di Sepanyol.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan