Kisah Koronavirus Doktor Dan Jururawat: Seorang Hidup Dan Seorang Pergi

Ini kisah dua orang pakar perubatan yang dijangkiti wabak koronavirus.

Mereka ialah jururawat Deng Danjiang dan Dr Xia Sisi yang bertarung dengan koronavirus di hospital yang sama, tempat mereka menyelamatkan pesakit lain sebelum ini.

Ketika ini dunia masih lagi bergelut untuk menentang koronavirus. Seramai lebih 132,000 orang sudah dijangkiti di seluruh dunia. Lebih 5,000 orang dah mati kerananya dan sekitar 68,000 lagi berjaya pulih.

Ianya bergantung kepada ketahanan antibodi seseorang untuk melawannya dengan bantuan daripada pakar perubatan.

Ms Deng dan juga Dr Xia membuktikan bahawa teori tentang kematian kerana koronavirus boleh disebabkan faktor umur adalah tidak tepat.

Kedua duanya berusia 29 tahun. Kedua duanya pakar perubatan dan mengikuti semua prosedur ketat yang sama. Kedua dua mereka juga mempunyai seorang anak yang menunggu mereka di rumah untuk pulang.

Ms Deng dan Dr Xia

Ms. Deng bekerya di Hospital Wuhan No.7. Tempat yang menjadi pusat penyebaran koronavirus. Ibunya dulu juga jururawat di situ.

Sebelum dijangkiti oleh epidemik itu, Ms Deng berjanji akan membawa anak perempuannya berusia 5 tahun pergi ke aquarium.

Ms Deng dan anaknya

Dr Xia turut lahir daripada keluarga yang berlatar belakangkan perubatan profesional. Ketika kecil beliau selalu menemani ibunya ke tempat kerja. Ibunya seorang jururawat.

Dr. Xia menjadi doktor di Wuhan sejak 2015. Ketika itu beliau adalah doktor paling muda. Dr. Xia dipanggil Little Sisi oleh rakannya ataupun Little Sweetie.

Dr. Xia disayangi semua rakan sekerja dan staf lain kerana sentiasa tersenyum dan perama. Hobinya adalah melancong bersama keluarga.

Ketika epidemik pelik itu mulai menyerang Wuhan, kedua dua wanita gagah itu – Dr Xia dan Ms Deng – telah bekerja keras dan kerja lebih masa.

Mereka mulai merawat pesakit yang semakin ramai. Pada masa yang sama cuba melindungi diri mereka.

Namun malangnya, kedua duanya terkena jangkitan tersebut.

Simptom

Dr. Xia merupakan doktor yang menjadi kegemaran oleh pesakit koronavirus di  hospital tempat dia bekerja kerana perwatakannya yang disenangi.

Ms Deng pula seorang misi / jururawat yang sangat komited dengan tugasannya kerana dia dari kecil dia memang mahu menjadi jururawat seperti ibunya.

Simptom mulai terlihat pada mereka. Dr. Xia menamatkan shift malam pada 14 Januari. Dan beliau dipanggil untuk masuk kerja balik kerana ada seorang pesakit berusia 76 tahun dijangkiti koronavirus.

Dr Xia

5 hari selepas itu, Dr Xia sakit. Beliau tertidur 2 jam di rumahnya dan kemudian, suhu badannya naik sehingga 102 darjah. Dadanya mulai rasa sangat sakit.

Beberapa minggu kemudian, pada awal Februari, Ms Deng bersedia untuk makan malam di hospital. Namun tiba tiba dia terasa loya.

Ms Deng mengepikan rasa risaunya tentang kondisi pelik pada dirinya, kerana dia menganggap mungkin kerana dia terlalu letih.

Ms Deng menjalankan tugasnya seperti biasa termasuk pergi berceramah di rumah ke rumah tentang koronavirus dan langkah pencegahan.

Diserang koronavirus

Pada suatu hari, selepas memaksa dirinya makan, Ms Deng pergi mandi, dan ketika itu dia mulai rasa tidak sihat. Ms Deng tidur, dan ketika dia bangun, suhu badannya mencecah 100 darjah.

Demam panas merupakan simptom biasa untuk koronavirus melibatkan hampir 90% pesakitnya.

Hanya sedikit yang merasai sesak nafas, dan mereka akan kerap batuk serta lesu.

Kedua duanya kemudian dikejarkan ke hospital. Paru paru mereka diimbas dan menunjukkan ada simptom bahawa  paru paru mereka semakin rosak. Itu merupakan simpton kepada 85% pesakit koronavirus.

Ketika itu hospital penuh. Jadi, Ms Deng telah dikuarantin di sebuah hotel untuk mengelakkan dia menjangkiti suami dan anaknya. Sepanjang malam Ms. Deng berpeluh dengan teruk.

Kadangkala kakinya kejang. Dan pagi esoknya, Ms. Deng dimasukkan ke hospital. Dan dia dissahkan mengidap koronavirus.

Di hospital Jiangbei, 18 batu daripada hospital Ms Deng dimasukkan, Dr. Xia sedang diletakkan di wad isolasi kerana sesak nafas.

Selepas Ms Deng dimasukkan ke hospital, beliau menghubungi suaminya untuk menjaga diri sendiri dan anak mereka.

Beliau memberitahu beliau akan keluar selepas 14 hari dikuarantin. Ms. Deng memberitahu suaminya bahawa suhu badannya semakin ok.

Dr Xia pula sedang terlantar di hospital satu lagi, bertanya kepada suaminya, sama ada beliau rawatan oksigen pada mulutnya itu akan ditanggalkan tak lama lagi. Suaminya, yang juga seorang doktor berkata: ‘Ya’.

Mereka berdua optimis.

Ketika di hospital Ms. Deng sentiasa menghubungi suaminya. Meminta suami dan anaknya sentiasa memakai topeng muka walaupun di rumah. Bersihkan semua perkakas di rumah termasuk chopstick dengan air didih. Ataupun buang terus selepas guna.

Suaminya menghantar gambar kucing kucing mereka: “Menunggu sayang pulang.”

Ms Deng membalas: “Saya rasa, 10 hari lagi di sini, setengah bulan. Jaga diri kamu.”

Kemudian koronaovirus itu disahkan sebagai pandemik dan digelar Covid-19.

Dr Xia semakin pulih, Ms Deng kritikal

Doktor kemudian memberikan rawatan Arbidol kepada Ms Deng. Rawatan yang digunakan untuk merawat flu di Rusia dan China iaitu Tamiflu.

Ms Deng mengambil sekurang kurangnya 12 pil sehari, dan juga ubat ubatan tradisional Cina.

Arbidol, rawatan antiviral, dan ubat tradisional telah memberikan keyakinan  kepada Ms Deng melawan simptom itu.

Namun badannya semakin melemah. Ibunya memasakkannya makanan dan menghantar kepadanya. Namun beliau tak ada selera.

Untuk memastikannya mendapat nutrien, jururawat menggunakan drip. Satu lagi drip mengepam antibodi ke dalam saluran darahnya. Dan satu lagi adalah mesin antiviral.

Dr. Xia pula sakit dengan teruk. Namun perlahan lahan menunjukkan perkembangan yang postif di mana dia melawan virus itu.

Dr Xia kemudian semakin mudah bernafas dengan bantuan ventilator. Beliau sempat memberikan kata kata semangat kepada semua rakan sekerjanya bahawa dia semakin pulih.

Menulis di WeChat miliknya, Dr. Xia berkata: “💪💪💪💪💪💪 I will return to the team soon [saya akan kembali ke dalam pasukan tak lama lagi].”

Ramai yang gembira mendengarnya dan mereka berkata: “Kami sangat perlukan kamu ketika ini.”

Dr. Xia kemudian bertanya lagi kepada suaminya, Dr. Wu Shilei, dah boleh tak keluarkan terapi oksigen itu.

Suaminya berkata: “Tenang, jangan terburu buru.”

Dr Xia sudah tak sabar sabar untuk pulih dan kembali semua berjuang membantu pesakit lain. Itulah jiwa sejati seorang doktor.

Kemudiannya, Dr. Xia disahkan sudah negtaif koronavirus selepas dua ujian dibuat. Dan beliau memberitahu ibunya bahawa beliau akan keluar tidak lama lagi pada 8 Februari.

Ms Deng pula terus bergelut untuk pulih. Namun kekal positif dengan memuat naik beberapa gambar beliau dengan petugas perubatan di situ yang merupakan rakannya.

Ms Deng kini sudah 4 hari di hospital. Dan beliau dah tak mampu menujukkan seolah olah dia OK. Beliau mulai muntah munta, mengalami having diarrhea dan menggigil tanpa henti.

Demamnya meningkat kepada 101.3 darjah. Pada pagi 5 Februari Ms Deng menangis kerana mendapati dia telah diklasifikasikan sebagai kritikal.

Beliau mulai pasrah, kerana semua kaedah perubatan beliau lakukan seolah olah tak mampu melawan Covid-19 itu.

Hari berikutnya, Ms Deng muntah 3 kali, dan ketika meludah, terkeluar buih putih. Beliau berhalusinasi, tidak dapat menghidu ataupun merasa lagi. Kadar denyutan jantungnya sekitar 50 denyutan seminit.

‘Saya ibarat berjalan menuju kematian’

Ms Deng menerima panggilan daripada ibunya. Namun dia menyembunyikan keadaan kritikalnya dengan menyatakan dia ok sahaja.

Di media sosial, Ms Deng meluah: “Saya ibarat sedang berjalan menuju kematian.”

China mengklasifikasikan pesakit yang krititikal akan mengalami kegagalan organ secara mengejut, tak dapat bernafas. Hanya 5% yang mengalaminya di China. Dan 49% daripada mereka tidak dapat diselamatkan.

Ketika Dr Xia semakin pulih, Ms Deng pula sedang meronta ronta untuk hidup. Namun ujian koronavirus ni kekadang tidak semestinya tepat. Ianya kompleks.

Dr. Xia pernah meminta agar ibunya menjaga anak lelakinya yang baru berusia 2 tahun.

Ibunya berkata: “Dia anak kamu. Tak nak ke kamu yang besarkan dia.” Ibunya tak mahu Dr. Xia menyebut perkara seperti itu lagi.

Dr Xia kemudian menghubungi suaminya bahawa dia sudah sedia nak balik ke rumah dan kembali menjadi orang di hadapan menyelamatkan pesakit di hospital tempat dia bekerja.

Dr Xia kritikal, Ms Deng pulih

Namun pada 7 Februari tiba tiba kondisi Dr Xia menjadi kritikal. Di dikejarkan ke hospital. Denyutan jantungan terhenti.

Ms. Deng pula selepas itu pulih dan dikeluarkan dari hospital. Ms Deng bertemu dengan ibunya yang bekerja di hospital yang sama. Kemudian Ms Deng diarahkan berkurung di rumah untuk 2 minggu dan mengikuti prosedur ditetapkan.

Dalam banyak kes seperti Ms Deng, pesakit akan memiliki imunisasi yang terbina sendiri daripada badan mereka. Dan ianya akan membentuk antibodi. Ini yang membuatkan ramai pulih.

Pada 15 Februari Ms Deng diuji negatif virus. Dan akhirnya dia boleh balik ke rumahnya.

“Saya ibarat burung kecil. Kebebasan akhirnya milik saya semula,” tegasnya.

Ms Deng tinggal bersama ibunya dan mengelak daripada duduk dengan suami dan anaknya selama 14 hari.

Semua pakaian yang dia pakai di hospital dibuang dan dibakar.

Ms Deng mahu bangkit

Ms Deng recover dengan jayanya dan kembali bermain dengan kucing serta anaknya. Sambil menonton siaran televisyen kegemarannya.

Ms Deng berseloroh, dia seperti menikamati detik pencen muda. Ms Deng terus mengamalkan rutin excercise pernafasan untuk menguatkan jantungnya. Dan batuknya semakin hilang.

Ms Deng kemudian mendermakan darahnya kepada pihak kerajaan untuk diuji. Kerajaan China sebelum ini menyeru mereka yang berjaya pulih untuk mendermakan plasma darah mereka, untuk kajian mencari vaksin.

Ms Deng bersedia untuk kembali berkhidmat tanpa ada rasa gentar. Beliau berkata: “Negara ini yang menyelamatkanku. Dan aku rasa aku perlu membalasnya balik.”

Selamat tinggal Dr Xia

Dr Xia pula tidak dapat pulih dan menghembuskan nafas terakhir pada sekitar 23 Februari, selepas koma.

Infeksi pada jantungnya terlalu kritikal. Otaknya tidak mendapat oksigen kerana kerosakan tersebut.  Seterusnya, buah pinggangnya rosak.

Di rumahnya, anaknya bernama Jiabao mendapat tahu ada panggilan dekat telefon neneknya. Dia terus cuba merampas telefon itu dengan berkata, ‘mama, mama’.

Dr Wu, suami Dr Xia memberitahu ibu mertuanya bahawa isterinya sudah tiada. Dan dia tak tahu bagaimana mahu memberitahu anaknya.

Dr Xia dan Dr Wu merupakan kekasih sejak di sekolah perubatan lagi. Dan mereka merancang mahu bersama selama-lamanya.

Dr Wu berkata: “Saya sangat sayangkan dia. Kini dia dah tiada. Saya tak tahu apa akan berlaku selepas ini. Saya tak mampu bertahan.”

Itulah kisah dua wanita yang berjuang menyelamatkan orang lain dan berjuang untuk keluarga mereka serta mahu kembali semula berbakti kepada negara.

Jiwa seperti itu tertanam pada mereka yang bergelar doktor dan jururawat di seluruh dunia.

Sumber artikel: NY Times

Baca yang lain