Kisah Messi Tukar Taktikal MSN Ikut Kepalanya Sendiri

Luis Suarez berkongsi kisah Lionel Messi ingkar arahan taktikal Luis Enrique di Barcelona dan menukarnya mengikut kehendaknya sendiri.

Gandingan MSN sangat digeruni ketika kemuncaknya. Namun seringkali berlaku konflik peranan no.9 dengan false 9. Kerana Luis Suarez adalah no.9 tulen. Jika pengurus menggunakan Messi sebagai false 9 bermakna Suarez harus menjadi pemain sayap.

Satu kisah yang menarik, ketika menentang Ajax, Luis Enrique mengarahkan Messi sebagai false 9, Neymar di sayap kiri seperti biasa, dan Luis Suarez diarahkan bermain di kanan.

Namun Messi mendapati pendekatan itu tidak menjadi pada hari itu. Tanpa berlengah atau menunggu arahan pengurus, Messi bertindak sendirinya di atas padang.

Suarez kagum dengan Messi yang sanggup mengorbankan peranan terbaiknya pada masa itu dan memberikan Luis Suarez peranan sebagai penyerang paling atas dalam struktur pasukan mereka.

Suarez faham kenapa Enrique mahu dia bermain di sayap kerana peranan false 9 memang milik Messi selama ini. Suarez pula dikenali sebagai seorang penyerang no.9 yang sangat bahaya dan itu kekuatan utamanya.

Suarez berkata: “Menentang Ajax, Luis Enrique mahu Messi bermain sebagai false 9 sebab itu memang peranan yang biasa dia mainkan. Neymar dan saya di sayap.”

“Namun Messi melihat ianya kurang menjadi dan memberitahu saya: “Woi gemuk, kau main di posisi 9. Dan saya akan membuka padang [open pitch] untuk kamu.”

Dalam aksi tersebut Lionel Messi mencetak 2 gol untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada Barcelona.

Sejak hari itu, Luis Enrique tidak risau lagi untuk menggunakan Messi di bahagian sayap. Kerana dia tahu pemain itu tidak kisah bermain di posisi kanan yang sudah lama ditinggalkannya untuk bermain di false 9 selama ini.

Suarez percaya sejak detik itu maka bermulalah era MSN yang saling melengkapi antara satu sama lain.

“Dan itulah bermulanya era MSN,” tutup Suarez.

MSN terus meroket dan memenangi banyak sekali kejuaraan ketika mereka bersama. Ini termasuk treble.

Messi dan Suarez kemudian menjadi sahabat sangat rapat. Messi malah cuba mempertahankan Suarez ketika kelab memutuskan mahu melepaskan pemain itu.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari