Kisah Penampar Dr D Buatkan McMahon Akhirnya Akui WWE Adalah ‘Fake’, Ini Kisah Panjang WWE Dan ‘Fake’

Rasanya sudah ramai yang tahu bahawa WWE adalah sukan yang sekadar hiburan ataupun jalan cerita yang sudah direka. Namun dahulu, ramai yang percaya bahawa WWE adalah sukan sebenar.

Memang peminat WWE agak annoying dengan komen, ala semua ni berlakon je. Kerana mereka memang dah tahu dan mereka cuma menontonnya untuk melihat jalan cerita. Ala, macam korang layan drama.

Malah pihak WWE/ WWF sendiri berusaha untuk meyakinkan dunia bahawa apa yang mereka lakukan adalah benar dan bukan dirancang.

Tetapi akhirnya mereka sendiri mengakui bahawa WWE ini hanyalah berbentuk hiburan seperti live action sports.

Lihat detik di mana Ronda Rousey menghempas Tripple H ke meja ini, anda rasa ia benar-benar berlaku?

Gusti sebenar pastinya, gusti seperti di sukan Olimpik di gelanggang. Dalam WWE, pemenang sudah ditentukan dan jalan cerita sudah disusun sebaik mungkin dengan set dan prop.

Namun ada beberapa kecederaan ringan dan serius memang benar-benar berlaku dan ia lebih kepada tidak disengajakan.

Penampar Dr D

Siasatan pertama tentang gusti WWE ini yang dahulunya dikenali WWF ini palsu, dilakukan pada 1984, apabila wartawan bernama John Stossel menerjah dan berhadapan dengan Dr D dalam rancangan 20/20.

Selepas beberapa soalan panas, Stossel memberitahu Dr D: ‘Rasanya, ini semua ‘fake’.’ Marahnya Dr D ataupun David Schultz terus menampar Stossel dan bertanya: ‘Anda rasa tamparan itu ‘fake’?’.

Selepas peristiwa itu, Stossel mahu menyaman WWF sebanyak $425,000 kerana menampar beliau yang mendakwa dirinya telah menyebut realiti sebenar kepada rakyat Amerika Syarikat.

Schultz serta merta digantung oleh New York State Athletic Commissioner yang menonton insiden itu. Selepas itu komisioner tersebut telah menekan WWE agar menghantar laporan setiap acara WWF.

Dalam setiap acara pertarungan mereka perlu sediakan senarai nama hanya penggusti berlesen, pengadil dan penjaga masa yang bertauliah.

Setiap acara juga perlu dicukai berdasarkan hasil kutipan di pintu masuk. Seterusnya, mereka perlu menyediakan perkhidmatan kecemasan yang lengkap. WWF diminta menyediakan semua laporan itu ke badan sukan tersebut.

Selepas itu, Vince McMahon merasakan beliau perlu mengambil langkah drastik dan memberitahu rahsia terbesar WWF. Beliau mengesahkan bahawa WWF sebenarnya hanyalah sukan berbentuk hiburan. Jadi, mereka tidak sepatutnya tertakluk di bawah New York State Athletic Commissioner.

Lahirnya Hiburan Sukan

Itulah hari pertama Amerika Syarikat mendengar Hiburan Sukan. Sebelum ini hanya hiburan nyanyian, filem, drama dan sebagainya. Kali ini hiburan adalah daripada satu kisah sukan yang sudah dirancang dan direncana.

Pada 10 Februari 1989, disaksikan oleh senat New Jersey, Vince McMahon meminta WWF dikeluarkan daripada senarai sukan ‘sebenar’. Justeru, beliau meminta agar WWF tidak dikenakan syarat dan juga menghantar laporan piawaian kepada Athletic Commissions. Beliau berkata:

“Gusti profesional (WWF) haruslah didefinisikan sebagai satu aktiviti di mana, orang yang terlibat berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan hiburan kepada penonton, bukannya satu acara untuk pertandingan atlet sukan.”

McMahon berjaya meminta WWF dikeluarkan daripada badan sukan itu selepas memenangi undian 37-1.

Pengakuan McMahon ini telah mengundang rasa tidak senang hati di kalangan penaja dan juga penggusti yang merasakan beliau telah membunuh secara total WWF. Ianya bakal membuatkan WWF bungkus selamanya.

Akhirnya, Vince McMahon menggunakan nama Sports Entertainment (Hiburan Sukan) untuk francais WWF. Beliau disokong oleh Linda McMahon dalam usaha melawan ‘State Commissions’ serta saman $425,000.

Bagi McMahon, lebih baik berterus terang daripada cuba bersembunyi di sebalik realiti selama-lamanya.

Era Baru WWE

Dengan kejayaan mendapatkan status hiburan sukan, acara WWF tidak lagi tertakluk di bawah kuasa State Commissions. Jadi mereka tak perlu menyediakan pengadil gusti bertauliah yang memakan kos sangat tinggi.

Mereka juga tidak perlu menyediakan beberapa perkhidmatan khas untuk penganjuran acara sukan termasuk menyediakan ambulan. Namun selepas banyak kes kecederaan serius, mereka menyediakan kelengkapan keselamatan yang setanding sukan profesional lain.

Ini adalah salah satu temu ramah Vince McMahon yang menegaskan sekali lagi bahawa, WWF/WWE adalah rekaan semata-mata. Beliau tidak mahu orang bandingkan WWE dengan sukan seperti football (American Football).

Ini kerana sukan seperti itu tidak boleh direncana (scripted). Ia tugas yang mustahil untuk merancang hiburan untuk sukan seperti itu.

Walaupun bwgitu, masih ada juga percaya benda itu adalah bukan rekaan.  McMahon juga menegaskan beliau yang memperjuangkan bahawa WWE bukan sukan yang ada pertandingan sebenar di antara atlet.

Beberapa tahun lalu, Presiden UFC, Dana White sekali lagi mengungkit bahawa WWE adalah ‘fake’. Brock Lesnar agak kecewa dengan kenyataan itu dan memberitahu, ramai orang di luar sana sudah tahu ianya sekadar lakonan.

Namun  Lesnar mengingatkan White bahawa WWE juga seperti UFC, cuba mempromosi sukan pertempuran. Bezanya mereka adalah sukan untuk program hiburan. Beliau menjawab:

“Sudah tentulah itu ‘fake’, Dana OK. Semua orang tahu akan itu. Namun kita mempromosi benda yang sama iaitu pertempuran. Kami (WWE) lebih banyak halangan dalam pertarungan kami.”

“Ini kerana, ianya arena yang berbentuk pentas persembahan. Dan jika anda membuka WWE pada malam Isnin dan tak terhibur, ada sesuatu tak kena pada anda.”

“Kami promosi benda yang sama. Dia cuba menjual ‘pay per view’, dia cuba menjual ‘money fight’, ia rekod yang sama.”

“Ya, memang tiada siapa yang cedera, namun model perniagaan kami sama dengan mereka. Dan Vince McMahon (Presiden WWE) lebih baik daripada Dana dalam beberapa perkara.”

“Ini kerana Vince adalah pelopor semua ini. Dia sudah melakukannya sepanjang hidup dia. Dan dia sangat hebat melakukannya.” (merujuk kepada kestabilan jenama WWE sejak dahulu sehingga kini).

Rousey pula cakap

Pada April 2020, Ronda Rousey membuat penampilan di podcast Wild Ride! with Steve-O. Di mana dalam sesi itu beliau membuat kenyataan kontroversi ke atas WWE.

Rousey melabel WWE adalah sukan fake dan mendapat kecaman hebat daripada bintang WWE serta para peminat lain. Rousey menjelaskan dia adalah real fighter tetapi terpaksa mengikuti sahaja skrip sukan fake itu.

Rousey tetap menegaskan bahawa WWE tetap satu karier yang mencabar. Banyak perdebatan tentang kenyataan Rousey itu di media sosial. Ini kerana semua orang tahun WWE memang sukan yang berbentuk hiburan.

Bagi peminat WWE, Rousey seharusnya membezakan sukan hiburan dengan pertarungan sebenar. Dan tidak perlu untuk Rousey menyebut benda yang semua orang dah tahu.

Bekas bintang WWE iaitu JBL aka  John “Bradshaw” Layfield telah memberikan komen beliau di atas kenyataan Ronda Rouse itu. JBL yang merupakan legenda dalam WWE Hall Of Fame.

Beliau berkata: “Dia [Ronda Rousey] merupakan perkara terhangat dalam enam bulan lalu dengan semua tekanan yang dia undang kepadanya.”

“Saya tak pasti dia berkata begitu secara sengaja ataupun tidak sengaja, ketika memanggi gusti ini fake.”

“Yang pasti dia mendapat banyak tekanan kerana keceluparannya itu. Maksud saya, jika dia tak sengaja, dia memecahkan lombong emas. Jika dia melakukannya secara sengaja maka dia sangat bijak.”

“Dan mungkin…. saya tak kenal dia. Orang di WWE selalu berkata benda yang baik baik tentang dia ketika saya bercakap dengan mereka.”

Ronda Rousey sudah mengumumkan beliau meninggalkan WWE selepas musim lalu lagi, walaupun kontraknya belum tamat.

Sambil menyatakan beliau menyertai WWE hanya suka suka kerana ianya pertarungan palsu dan fake.

Kontroversi Rousey

Ronda Rousey mengakui WWE memilih ramai peminat yang hardcore. Dan pada masa yang sama menyatakan ianya sukan yang penuh skrip dan lakonan.

Bekas juara UFC itu menyatakan perkara itu ketika bercakap dalam podcast Steve-O. Rousey kemudian menyatakan beliau tak ada hati nak terus berada dalam WWE kerana ramai peminat WWE yang tidak sedar dek untung dan tak menghargai beliau.

Penyokong WWE tak hargai saya pun

Rousey menegaskan, beliau datang ke WWE untuk membantu mempromosi francais sukan hiburan itu. Namun ramai peminat WWE yang suka mengecamnya termasuk memberikan komen negatif.

“Apa yang saya nak buat sekarang adalah nak meluangkan masa dengan keluarga, daripada membuang masa meluangkan masa dengan ramai peminat yang tidak (masuk F word) bersyukur, yang tidak menghargai saya.”

“Saya suka membuat pertunjukkan dan saya suka dengan rakan rakan perempuan saya di sana, namun, kesimpulannya, saya rasa maca nak kata Fxxx la peminat ni.”

“Keluarga saya lebih sayang dan hargai saya. Dan lebih baik tenaga yang saya ada diberikan kat mereka. Itulah sebabnya saya mengambil keputusan ini.”

Ini bukan pertama kali Ronda Rousey membuatkan peminat WWE marah. Pada Mac 2019, Rousey mendengar ada peminat menge-boo beliau.

Dan dia berkata: “Aku ni bukan monyet menari untuk korang lagi. Lupakan fantasi kamu, dan tiada lagi Mrs. Nice Bxxx!”

Rousey: WWE pertarungan fake

Dan sekarang Rousey kembali dengan satu lagi episod menabur garam pada luka peminat WWE dengan menyatakan dia bosan dengan pertarungan olok olok.

“Pergi keluar sana dan bertarung untuk suka suka, itu sahajalah benda terbaik.”

“Namun saya buat benda ni pun part time dan saya berada di luar rumah 200 hari dalam setahun.”

“Apabila tiba di rumah, saya kurang tidur, dan kamu tak ada masa nak baring sekalipun.”

Rousey diserang di Twitternya kerana komen pertarungan palsu itu. Dan beliau tidak gentar dengan kecaman itu.

“Mereka yang marah kerana saya memanggi pro westling adalah fake fights ni sejenis manusia yang tak pernah merasai pertarungan sebenar.”

Malah Rousey menegaskan, ia adalah satu penghinaan jika memberitahu bahawa WWE adalah pertarungan yang nyata.

“Ya saya faham, ada 300 hari setahun untuk WWE. Ianya memerlukan anda berada dalam kondisi fizikal terbaik dan ianya profesion yang sangat sukar.”

“Namun korang tahu tak apa yang akan jadi kalau korang benar benar melalui 300 hari untuk pertarungan sebenar? Korang akan mati.”

Ronda Rousey seakan akan mulai menjulang UFC sekali lagi selepas sebelum ini mahu berjuang bersama WWE.

Bukan sahaja peminat, malaha ada beberapa penggusti WWE yang kecewa dengan Ronda Rousey.

Nia Jax mahu bertarung dengan Ronda Rousey. Nia berkata, walaupun dalam drama itu, WWE mahu beliau membuatkan Rousey nampak bagus, dia akan mempersetankan skrip itu dan bertindak sendiri.

Nia berkata: “Tak sabar untuk melihat Ronda kembali semula ke WWE suatu hari nanti. Walaupun WWE nak saya buatkan Ronda nampak bagus, tetapi saya akan risikokan kerja saya untuk mencipta sejarah menghumban dia keluar.”

Tetapi di ruangan komen di Twitter, ramai juga yang menyatakan kepada Rousey bahawa WWE ini adalah pertarungan yang real dan bukannya dibuat buat.

Nampaknya WWE mungkin sedang menggelengkan kepala dengan kenyataan Ronda Rousey selepas mereka menawarkan kontrak $1.5 juta kepada beliau. Menjadikannya penggusti WWE wanita yang pertama mendapat kontrak $1.5 juta / RM6.19 juta. Bayaran itu dibuat demi untuk menarik Ronda Rousey keluar sepenuhnya daripada UFC.

Rumusan

Itulah kisah panjang WWE dan kisah fake. Ianya memang sukan berbentuk hiburan live action. Apa yang pasti bukan mudah penggusti WWE pro nak melaksanakan tugasan tanpa ‘cut’ itu. Mereka turut berdepan risiko kecederaan malam nyawa jadi taruhan ketika menjalankan stunt.

Selain itu, jabatan yang bertanggungjawab mengolah skrip dan jalan cerita juga setiap hari ‘pecah kepala’ memikirkan jalan cerita terbaik. Dan mereka akan duduk semeja dengan penggusti ini.

Ada juga penggusti yang buat benda di luar skrip kekadang. Dan ianya memerlukan setiap orang kekal profesional dan tak kaku depan skrin.

Pada hari ini WWE masih lagi ramai peminat dan antara hiburan sukan yang menjana ratusan juta daripada PPV.

Baca yang lain