Kisah Rezeki Lontaran Misil Adrien Jurad Chamrong Yang Bertukar Menjadi Emas

Pada aksi final Malaysia 2004, Adrien Jurad Chamrong telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ataupun man of the match.

Ianya satu malam final yang penuh dengan kenangan. Ada yang menganggap Adrien Jurad Chamrong baru sahaja melakukan gol paling pelik dalam sejarah pertandingan piala Malaysia.

Bola sepak adalah sukan yang dimainkan dengan kaki. Hanya penjaga gol dan pemain yang melakukan lontaran ke dalam sahaja boleh menggunakan tangan.

Pada malam itu, Adrien Jurad Chamrong telah menjadikan vice versa itu sebagai senjata untuk gol kejuaraan Piala Malaysia pasukan Perlis.

Perlis ketika itu sarat dengan bintang, namun mereka buntu untuk mendapatkan gol kejuaraan.

Lalu Adrien Jurad Chamrong melakukan satu lontaran ke dalam misil yang menewaskan Megat Amir Faisal dalam aksi final di Bukit Jalil pada malam 4 Disember 2004.

Megat Amir Faisal tidak dapat menghalang bola itu. Megat Amir Faisal merupakan kapten pasukan Kedah pada malam itu, selepas kapten utama mereka Akmal Rizal Rakhli mengalami kecederaan panjang – berehat sepanjang musim.

Namun malam Megat Amir Faisal dihantui oleh gol ikonik daripada Adrien Jurad Chamrong.

Di mana beberapa tahun selepas gol itu Wenger meroyan dengan Stoke City yang bermain bola dengan menggunakan senjata ancaman balingan Delap.

Wenger berkata: “Bola sepak adalah sukan yang dimainkan dengan kaki. Bagaimana kita nak memberitahu anak cucu kita nanti bahawa tangan digunakan untuk bermain bola.”

Berbalik kepada kisah Adrien Jurad Chamrong, lontaran ke dalamnya itu membuatkan Megat Amir Faisal terkapai kapai kelemasan dan tak mampu mengeluarkan bola itu.

Megat Amir Faisal tergamam

Jurulatih legenda pasukan Kedah, Mohamed Azraai kecewa dengan gol tersebut. Dan coach Azraai menyatakan Megat Amir Faisal hanya mampu meminta maaf kepadanya selepas kekalahan itu.

Semua orang tergamam dengan apa yang berlaku. Megat Amir Faisal menganggap ia adalah titik hitam dalam sejarah kariernya.

Beliau berkata: “Itulah detik hitam karier bola sepak saya. Saya tak akan lupa blunder itu untuk seumur hidup saya.”

“Malangnya, tiada apa yang saya boleh lakukan untuk memperbaiki kesilapan itu. Saya harus terima kenyataan.”

Beliau menyatakan, Adrien Jurad Chamrong tidak berniat pun untuk menujukan bola itu terus ke gawang gol. Itu lebih kepada searching pass daripada situasi lontaran ke dalam.

“Itu bukan percubaan ke arah gol secara sengaja, dan saya jangkakan saya akan dapat menangkap mudah bola itu.”

“Namun saya tak tahu, bagaimana itu boleh berlaku.”

Megat Amir Faisal sangat sugul ketika itu. Beliau tak dapat ditenangkan oleh rakan sepasukan. Amran Omar antara mereka yang dari pasukan lawan yang cuba menenangkan Megat Amir Faisal.

Namun akhirnya, Megat Amir Faisal memberanikan diri untuk mengetuai rakan-rakannya mengambil pingat tempat kedua Piala Malaysia.

Adrien Jurad Chamrong sendiri mengakui beliau sebenarnya melontar bola itu kepada Philimon Chepita dan tidak terniat langsung untuk membaling terus ke arah gol.

Beliau berkata: “Saya berasa sangat teruja. Fikiran saya pula hanya untuk membantu Perlis menjadi juara, dan tak fikir pun soal nak menjaringkan gol.”

“Kami tak kisah siapa yang akan menjaringkan gol. Dan kami sudah berikrar untuk tempuhi segalanya bersama-sama.”

“Kalau tidak silap, pada minit keempat kami diberikan lontaran ke dalam. Saya seperti biasa, ditugaskan untuk mengambil lontaran ke dalam. Saya mahu melontar ke dalam kotak penalti.”

Adrien Jurad Chamrong: Lontaran rezeki

“Sasaran saya adalah untuk melontar bola kepada Philimon Chepita. Tetapi ini yang dinamakan rezeki, [bola] terus masuk ke gawang, dan menjadi gol kemenangan [kejuaraan] kami.”

Adrien menyatakan sehingga ke hari ini, masih ramai yang akan menegurnya dan memberikan gesture tentang gol itu.

Malah ada penyokong Kedah sendiri akan mengimbas kembali detik ikonik itu.

Ianya memang sangat fenomena. Kerana selepas itu, ramai antara kita yang main petang petang cuba menjadi Adrien Jurad Chamrong – merujuk kepada throw in yang power.

Rujukan: The Star

Baca yang lain