Kisah Unik Di Sebalik Keraian Pegang Controller Jota

Berlaku satu momen unik dalam aksi di antara Liverpool dan Southampton. Ini apabila Diogo Jota terpaksa berkorban dengan menarik diri daripada permainan virtual demi bola sepak di dunia nyata.

Di dunia nyata, Jota menarik diri daripada aksi e-sukan aksi kelayakan pertandingan antarabangsa FIFA 22 demi membantu Liverpool di atas padang. Dan beliau menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Southampton.

Kisah unik itu terjadi ketika aksi di Anfield, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Liverpool meneruskan rentak kemenangan dengan berpesta gol di hadapan penyokong sendiri selepas minggu lepas memenangi perlawanan juga dengan empat gol tanpa balas ketika menentang Arsenal.

Jota menjaringkan dua gol, manakala Thiago Alcantara dan Virgil van Dijk menjaringkan satu gol.

Selepas perlawanan media mendedahkan cerita tentang Jota yang pada sebelah paginya terlibat dalam kejohanan FIFA 22.

Jota sebenarnya mara ke pusingan keempat dalam kejohanan secara atas talian itu. Namun, disebabkan jadual bertembung dengan aksi Liverpool vs Southampton pada sebelah petang, Jota terpaksa melarikan diri.

Bekas penyerang Wolverhampton Wanderers itu memaklumkan kepada lawannya sebelum meninggalkan dunia bola sepak maya. Dia berkata dia tak boleh bermain lagi sebab terpaksa turun bermain bola sepak di padang sebenar. “Saya tidak boleh bermain dan terpaksa terlepas daftar masuk,” tulis DiogoJota18.

Menyedari pihak lawan adalah pemain profesional dan akan bersaing dalam perlawanan sebenar, pihak lawan yang mempunyai akaun Gladiators FC boleh faham. “Oh, okey, semoga berjaya dengan aksi kamu ini,” balas Gladiators FC.

Alasan itu pastinya menjadi alasan sangat munasabah untuk menarik diri, memandangkan Jota sangat sibuk menjadi pemain bola sepak profesional untuk salah satu pasukan pesaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dan, bekas pemain FC Porto itu juga mempunyai pasukan e-sukannya sendiri dan mempamerkan pencapaian FIFA dan 99 kad pronya di media sosialnya.

Walaupun tidak dapat meneruskan perjuangan di alam maya, Jota sebenarnya menyinar di dunia nyata.

Dalam aksi menentang Southampton, dia segera menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama. Kemudian, pemain berusia 24 tahun itu meraikannya dengan meniru orang yang sedang duduk bermain di Play Station. Jota meraikan gol dengan ‘memegang’ controller bayangan.

Apa yang Jota dilakukan Jota itu menarik perhatian ramai. Ini kerana kisah di sebalik keraian itu sendiri.

Jota memang seorang pemain e-sukan profesional. Dia seorang yang sangat bagus dalam FIFA juga.

Pada April 2020 apabila liga Inggeris digantung seketika kerana lockdonw di England akibat Covid-19, Jota dinamakan pemain FIFA terbaik dalam Liga Perdana apabila mewakili kelabnya muncul dalam versi dalam pertandingan e-Liga Inggeris Perdana.

Jota adalah pemain Wolves pada masa itu dan menewaskan rakan sepasukannya di Liverpool, Trent Alexander-Arnold pada perlawanan akhir.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di