Korea Selatan Mengadu Kepada BWF, Mereka Kalah Sebab Awek China Ni Kuat Mencarut

Delegasi Korea Selatan sudah menghantar aduan rasmi ke Persatuan Badminton Dunia (BWF) mengenai tingkah laku pemain badminton dari China yang bersaing dalam Olimpik Tokyo 2020.

Ini selepas atlet China, Chen Qingchen, berulang kali berteriak menyumpah seranah dan mencarut semasa aksi badminton antara kedua negara.

Menurut laporan CNN, Qingchen boleh didengar mengatakan perkataan melucah dalam slanga Mandrin yang popular di kalangan masyarakat China iaitu wo cao yang bermasud “aku f ** k” atau “f***” saja — dengan terjemahan tanpa ayat melampau iaitu “aku menyetubuhi” atau “persetubuhan la phui”

Kata-kata itu keluar ketika dia dan pasangannya Jia Yifah dan Chen Qingchen tewas di set pertama. Perkataan itu diulang-ulang oleh mereka tanpa rasa segan silu selaku seorang wanita.

Delegasi Korea Selatan menyatakan, carutan dan keseronokan pasangan China itu menyebut kata kata yang tidak elok itu membuatkan pasangan Korea Selatan, Soyeong dan Kong Heeyong hilang fokus dan tewas 1-2.

Ini bermakna Korea terlepas peluang mendapat emas gara gara carutan tanpa henti dari pemain China.

Korea Selatan menganggap tingkah laku Chen tidak sesuai dengan sukan dan harus dikenakan tindakan. Persatuan badminton Korea Selatan mengatakan pihaknya telah membuat aduan rasmi kepada WBF atas perkara tersebut.

Walaupun mukanya nampak baik, namun pihak Korea Selatan boleh terkoyak dengan kata kata berbisa bak sembilu bisa, sakitnya entah bila akan terhenti.

Chen sendiri sebenarnya telah mengulas mengenai perkara ini. Dia mengakui mungkin ada yang tersinggung dengan tindakannya. Namun Chen berkata dia tidak menujukan kata kata itu kepada lawannya. Sebaliknya dia menge-F-kan dirintya sendiri sebagai motivasi setiap kali dia melakukan kesilapan ataupun mulai hilang tumpuan.

Chen turut menyatakan mungkin pasangan Korea itu salah faham kerana slanga yang dia gunakan dan berjanji aakan memperbaiki dirinya di masa akan datang.

“Sebenarnya, itu hanya motivasi kepada aku sendiri untuk mendapatkan mata,” tulis Chen di mana Weibo.

“Tak sangka pula kata kata aku membuatkan ada orang tidak selesa.”

“Aku berjanji akan lebih berhati hati dan memperbaiki sebutan aku lepas ni.”

Pasangan Korea ini mungkin harus lega kerana tidak jumpa lagi dengan tuan rumah yang berdepan dengan geng kapak ini.

Dia memiliki mulut becok yang lagi mengguris perasaan.

Dalam aksi final pasangan China itu tewas di tangan pasangan Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu. Motivasi daripada kata kata carutan tidak berkesan nampaknya dalam aksi berdepan beregu Indonesia itu.

Walaupun ada yang mempertahankan tindakan Korea Selatan membuat aduan, ada juga yang menyatakan bahawa ianya alasan murah selepas kalah. Hanya kerana lawan mencarut, terus hilang fokus.

Tapi ada juga yang meminta setiap atlet harus saling menghormati lawan mereka dan elakkan daripada mencarut di atas gelanggang.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.