Koronavirus: Ini Kerugian Ditanggung Premier League Jika Liga Dipendekkan

Premier League (PL) kini sedang berhadapan dengan kemungkinan musim liga pada musim 2019/20 bakal ditamatkan awal.

Dan ramai yang tertanya berapakah kerugiannya PL bakal tanggung jika perkara itu berlaku?

Pada awalnya Premier League merancang untuk mengadakan perlawanan di stadium kosong pada minggu ini. Namun begitu keputusan itu ditukar kerana Mikel Arteta dan Callum Hudson Odoi yang disahkan positif Koronavirus.

Pada Khamis lalu EPL telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi Liga Perdana Inggeris musim ini selepas United Kingdom mulai diserang wabak coronavirus.

Hasil daripada mesyuarat tersebut kesemua ahli gabungan telah bersetuju untuk menggantung sementara aktiviti Liga Perdana Inggeris dan juga liga championship.

Ini merangkumi kejohanan kesemua pasukan lelaki dan wanita di England di bawah naungan Liga Inggeris termasuk peringkat akademi.

Langkah itu diambil PL sejurus selepas Serie A dan Bundesliga menggantung musim mereka pada musim ini.

Serie A akan kembali semula pada April akan datang. Namun ianya akan bergantung kepada situasi Koronavirus di Itali.

Berapa kerugian?

Namun tahukah anda berapa kerugian yang bakal ditanggung Liga Inggeris sekiranya Liga Perdana Inggeris musim ini ditamatkan lebih awal?

Menurut laporan The Times, jika Liga Inggeris membatalkan atau menamatkan terus liga musim ini, mereka akan menanggung kerugian sebanyak £750 juta ataupun RM3.9 billion. Ini adalah bayaran ganti rugi kepada penyiaran dan juga wang tajaan kepada Premier League.

Salah seorang jurucakap yang merupakan senior dalam penyiaran bola sepak memberitabu The Times: “Secara realitinya, jika mereka tidak menamatkan musim ini, termasuk EPL dan kejohanan UEFA, maka Premier League akan rugi besar kerana melanggar kontrak penyiaran.”

Premier League merupakan liga yang mendapat hak penyiaran sangat tinggi di seberang laut / luar England. Di mana secara global dan domestik ia menjana £3 billion daripada penyiaran.

Selain itu ada juga kesan daripada kurangnya permainan yang ditayangkan di tv.

Namun Greg Clarke, Pengerusi FA buat masa ini merasakan liga Inggeris musim ini mungkin tak akan dapat ditamatkan.

Koresponden Sky Sports, Kaveh Solhekol menyatakan: “75% peluang Liga Inggeris musim ini tidak dapat ditamatkan. Saya tak nampak liga ini akan kembali dalam masa tiga minggu lagi.”

“Bahkan, kamu tertanya bagaimana nak memulakan musim baharu? Ada tak pasukan yang dinaikkan dan disingkir?”

Telegraph sebelum ini melaporkan bahawa Liga Perdana Inggeris mungkin akan ditamatkan awal dan pendahulu liga diberikan kejuaraan. Manakala untuk pasukan di zon penyingkiran meraka akan terus kekal.

Ia akan ditambah dengan dua pasukan teratas pada ketika liga ditamatkan. Ini menjadikan musim 2020/21 akan ada 22 pasukan bertanding.

Cuma sekarang ini Premier League masih memikirkan solusi untuk menentukan siapa bakal ke Liga Juara Juara Eropah dan juga Liga Europa musim hadapan. Hal ini kerana persidangan tempat ke Eropah sangat sengit melibatkan beberapa pasukan.

Berdasarkan situasi wabak yang sedang melanda, rasanya Premier League harus mengutamakan kesihatan daripada keuntungan.

Mungkin mereka selepas ini patut kemasukan klausa seperti ini pada kontrak tajaan mereka di masa akan datang.

Industri sukan bukan satu satunya yang terkesan kerana Koronavirus. Malah banyak industri lain terkesan terutama sekali pelancongan dan penerbangan.

Diharap dunia akan dapat mengatasi wabak ini. Dan semoga kita semua dilindungi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di