Koulibaly: ‘Dengan Duit Arab Itulah Saya Akan Bantu Keluarga Dan Masyarakat Saya’

Kalidou Koulibaly antara pemain yang diserang dengan ejekan sebagai gilakan ‘Arab Money’ atau tamakkan duit Arab.

Koulibaly menyertai Al Hilal dari Chelsea dengan perpindahan £20 juta.

Koulibaly dianggap pemain yang menjadi rebutan banyak kelab sebelum ini. Dan memilih menyertai Chelsea.

Namun selepas itu dia memutuskan untuk menerima tawaran daripada Arab Saudi.

Yang menawarkan gaji lebih besar kepada.

Ramai yang memperlekehkan pilihannya ke Arab Saudi. Menganggap dia sudah mengorbankan karier bola sepaknya kerana duit semata mata.

Sedangkan masih banyak kelab lain di Eropah yang mahukan khidmat bekas pemain Napoli itu. Seterusnya ramai tidak sangka Koulibaly akan meninggalkan kelab itu hanya selepas menandatangani kontrak semusim lalu.

Koulibaly lantas menjelaskan kenapa dia sanggup mengorbankan kariernya di Eropah demi wang Arab.

Ini kerana dia mahu membantu keluarga dan masyarakatnya di Senegal.

Koulibaly berkata: “Dengan wang itulah saya akan dapat membantu seluruh keluarga saya hidup dengan sejahtera. Duit itu saya kongsikan dengan ibu bapa, saudara mara saya dan paling penting….”

“Saya nak membantu dalam aktiviti kemasyarakatan dengan pertubuhan kebajikan di negara saya di Senegal.”

“Kami akan bermula dengan pembinaan klinik Pediatrik, di kampung asal ibu bapa saya.”

Koulibaly nampaknya bakal membangunkan kampung di Senegal seperti mana dilakukan Sadio Mane sebelum ini.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu