Koyak Penalti Tak Masuk Dan Tersingkir, Penyokong St Etienne Serang Pemain Sendiri Dan Pemain Lawan

Dalam episod terbaru keganasan penyokong dalam bola sepak Perancis, penyokong Saint-Etienne menyerbu masuk beramai ramai ke dalam padang pada Ahad dan menyerang pemain mereka sendiri dan pasukan lawan termasuk menyerang mereka dengan suar.

Kejadian itu berlaku secara serta merta selepas kekalahan pasukan mereka dalam penentuan penalti pada aksi play off yang menyebabkan kelab yang pernah menjadi pasukan kuat satu ketika dahulu itu tersingkir dari Ligue 1.

Saint-Etienne melayan Auxerre di Stade Geoffroy-Guichard pada perlawanan kedua playoff penyingkiran/promosi yang berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 2-2 secara agregat.

Selepas penjaga gol Auxerre Donovan Léon menyelamatkan percubaan Ryad Boudebouz, pemain Auxerre Birama Touré menyempurnakan sepakan penalti untuk memenangi penentuan, 5-4, untuk Auxerre naik pangkat ke Ligue 1 pada musim hadapan.

Touré dan rakan sepasukannya baru mula meraikannya tetapi melihat sebilangan besar penyokong Saint-Etienne berlari ke padang. Ada yang meluru ke arah mereka.

Pemain Saint-Etienne dan Auxerre bergegas berlari masuk ke terowong bilik persalinan, tetapi ada yang kelihatan cedera kerana tak sempat melarikan diri.

Polis dilaporkan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalau peminat keluar padang.

Saint-Etienne mengeluarkan kenyataan yang berkongsi “kesakitan dan kesedihan yang teramat sangat bagi mereka yang menyukai Greens.”

Tidak lama kemudian, kelab itu mengeluarkan kenyataan lain mengatakan ia “mengutuk sekeras-kerasnya” pencerobohan padang dan “akan memulakan prosiding undang-undang yang diperlukan.”

Saint Etienne sedia untuk menyaman dan mengheret mana mana pesalah keganasan bola sepak ke muka pengadilan.

Saint-Etienne tidak pernah beraksi di Ligue 2 sejak 2003-04.

Kelab itu mencipta rekod Ligue 1 dengan 10 kejuaraan, tetapi yang terakhir adalah berlaku pada 1981.

Paris Saint-Germain, kuasa besar liga itu, mengikat rekod tersebut pada tahun ini.

Hanya ada 3 pasukan yang pernah menjuarai Ligue 1 sebanyak 10 kali setakat ini iaitu Marseille, St Etienne dan terbaru PSG.

Ahad lalu menandakan berakhirnya musim Perancis yang juga ditandakan dengan keganasan penyokong.

Saint-Etienne sebelum ini diarahkan bermain perlawanan terakhir musim liga mereka secara tertutup selepas kekalahan kepada Monaco diganggu oleh balingan suar dan beberapa isu keselamatan lain dari tempat duduk di Stade Geoffroy-Guichard.

Atas sebab yang sama, Saint-Etienne terpaksa menjadi tuan rumah Clermont pada bulan November di dalam stadium kosong.

Keganasan penyokong di Perancis mendapat perhatian kerajaan

Di tempat lain dalam aksi liga musim ini, pemain tengah Marseille Dimitri Payet dua kali terkena balingan botol air musim ini yang dibaling oleh penyokong lawan.

Satu lagi episod lain, yang menyaksikan peminat dari pasukan tuan rumah, Nice menyerbu masuk ke padang apabila berlaku huru-hara di kalangan kakitangan pasukan.

Dalam kedua-dua kes, termasuk lawatan berikutnya oleh Marseille ke Lyon, perlawanan telah dihentikan pada separuh jalan.

Insiden di Lyon mendorong menteri sukan Perancis mengisytiharkan bahawa keganasan penyokong “memusnahkan imej liga di Perancis dan antarabangsa.”

“Apa yang berlaku di Lyon tidak boleh diterima,” kata Menteri Sukan Roxana Maracineanu.

“Kita tidak boleh membenarkan pemain diserang dengan cara ini.”

Beberapa minggu kemudian, Lyon dan Paris FC disingkirkan daripada Piala Perancis selepas hooliganisme yang berdarah semasa perlawanan.

Awal bulan ini, keganasan antara peminat tuan rumah Marseille dan pasukan Belanda Feyenoord memerlukan campur tangan polis menjelang separuh akhir Liga Persidangan Europa yang lalu.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali