Koyak Teruk, Nuno Santos Serang Jurulatih Bodo Di Terowong

Bodo/Glimt dari Norway telah membuat laporan polis terhadap jurulatih penjaga gol AS Roma – Nuno Santos – yang telah menyerang pengurus Bodo, Kjetil Knutsen.

Insiden itu dilaporkan berlaku berikutan kemenangan 2-1 pasukan Bodo dari Norway itu ke atas Roma pada perlawanan pertama suku akhir Liga Persidangan Eropah UEFA mereka.

Roma pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Knutsen yang terlebih dahulu menyerang Santos, tetapi kelab Norway itu telah bertindak balas dengan kenyataan yang keras dan marah.

Bodo mengatakan bahawa tindakan Roma adalah “serangan sistematik [provokasi] terhadap nilai mereka” dan mereka mempunyai bukti video bahawa sebenarnya Santos yang menyerang Knutsen.

“Tingkah laku Roma bukan sekadar serangan fizikal terhadap Kjetil Knutsen, ia adalah serangan sistematik terhadap nilai Glimt. Kami sebagai sebuah kelab kecil tidak boleh berdiri dengan hanya tunduk dan menerima kelakuan seperti itu,” kata kenyataan kelab dari Norway itu.

“Roma menggunakan media secara meluas dengan perkara yang tidak benar, dalam usaha untuk menyembunyikan tingkah laku tidak ada semangat kesukanan itu.”

“Bodo ada video kejadian itu, yang menunjukkan serangan ke atas Knutsen daripada petugas sokongan Roma. Kelab telah melihat video ini. Kami menuntut orang ramai agar diberikan akses kepada video milik UEFA ini.”

Pengurus besar pasukan Frode Thomassen menambah “Glimt tidak ada pilihan lain selain melaporkan Nuno Santos kepada polis atas dasar serangan fizikal ke atas Kjetil Knutsen. Ia sama sekali tidak boleh dipertahankan dengan kelakuan sedemikian.”

“Ini adalah provokasi sistematik, manipulasi dan akhirnya melaksanakan keganasan fizikal terhadap Kjetil Knutsen.”

“Kami yakin bahawa organisasi bertanggungjawab akan mengabaikan dakwaan yang tidak betul daripada pasukan Roma.”Pengurus Bodo, Knutsen berkata: “Saya bermain bola sepak kerana ia adalah sesuatu yang saya minati dan memberikan kegembiraan kepada diri sendiri.”

“Mengalami manipulasi tidak ada semangat kesukanan yang berlaku dekat diri sendiri membuatkan saya sedih.”

“Fokus kami kini tertumpu pada perlawanan pada hari-hari mendatang. Di sana, kami di Glimt akan mempamerkan keberanian atletik dan aksi yang kukuh yang ditanam dalam nilai yang kami percayai.”

Selanjutnya, Knutsen menerangkan kejadian itu.

“Satu pelanggaran peraturan permainan yang terbukti ialah jurulatih penjaga gol Roma secara berterusan, secara lisan dan isyarat, mengganggu Knutsen. Glimt memaklumkan kepada pengadil keempat dan perwakilan UEFA agar menyedari perkara ini beberapa kali. Aduan itu tidak diendahkan dan jurulatih penjaga gol Roma yang seolah olah dibenarkan untuk meneruskan kelakuannya tanpa sekatan.”

“Semuanya memuncak dengan serangan fizikal ke atas saya di terowong pemain. Biasanya, secara semula jadi saya akan mengelak. Dalam kes ini, saya diserang secara fizikal. Dia mencekik leher saya dan menolak saya ke dinding. Ia adalah wajar bahawa saya kemudiannya terpaksa mempertahankan diri.”

“Tingkahlakunya yang mengganggu, kami alami semasa perlawanan semalam, sebaliknya, tiada kena mengena dengan apa yang berlaku di stadium bola sepak,” katanya merujuk kepada segelintir penyokong Bodo yang membaling objek ke arah pemain Roma ketika meninggalkan padang selepas tamat perlawanan.

Dalam kejadian yang panas itu, pemain pemain Bodo terpaksa berkurung dalam bilik persalinan dan memerlukan bantuan petugas keselamatan stadium untuk membantu mereka keluar bagi mengelakkan mereka diserang oleh kem Roma.

Bodo Glimt terus menjadi badi AS Roma. 3 pertemuan berlalu, 3 kali Roma gagal memenanginya. Kalah 2 kali dan seri sekali. Paling memalukan Roma mereka kalah 6-1 sebelum ini.

Namun Jose Mourinho tetap yakin Roma akan mara dan kekal pasukan pilihan berbanding Bodo.

UEFA akan menyiasat insiden ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di