Kurniawan Bandingkan Sikap Pemain Di Eropah Dan Indonesia Di Padang Latihan

Legenda Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto secara rasmi dilantik sebagai penolong jurulatih kelab Liga Itali, FC Como 1900 yang beraksi untuk Serie B.

Itali dan Eropah bukanlah asing untuk Kurniawan. Di mana dia sendiri pernah bermain untuk pasukan Sampdoria (Itali) dan FC Luzern (Switzerland). Dari dulu lagi Kurniawan dikenali dengan sikapnya suka merantau termasuk bermain dan menjadi jurulatih di Malaysia.

Kurniawan mengakui prestasi memberangsangkan para pemain muda Indonesi di Piala AFF 2020 membuatkan beberapa bakat mereka dipantau kelab luar. Ianya petanda yang sangat baik.

Dua pemain PSIS Semarang, Pratama Arhan dan Alfeandra Dewangga sedang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Korea Selatan.  Seterusnya, Marselino Ferdinand dan Ricky Kambuaya dilaporkan menjadi sasaran kelab luar negara.

Sebelum ini, terdapat beberapa pemain Indonesia yang berkerjaya di luar negara antaranya Saddil Ramdani (Sabah FC), Witan Sulaeman (Lechia Gdansk), Egy Maulana Vikri (FK Senica) dan Asnawi Mangkualam (Ansan Greeners).

Kurniawan sangat menyarankan pemain pemain muda ini keluar ke negara lain sekiranya ada peluang. Ini kerana, menurutnya, mentaliti pemain Indonesia akan menjadi matang sekiranya beraksi di negara lain.

Bercakap dalam sembang di saluran YouTube, Acuracy TV, Kurniawan berkata: “Kalau soal pemain yang bermain di luar, saya sangat menyokongnya terutama sekali para pemai muda kerana saya sendiri merasakan bagaimana hidup di luar negara.”

“Bagi saya, pemain bermain di mana-mana negara lain, hidup bersendirian, saya fikir mereka akan lebih kuat secara mental,” kata bekas jurulatih Sabah berusia 45 tahun itu.

Beliau turut menambah, pemain muda akan lebih matang jika mereka hidup berdikari di negara lain, di mana tekanan semasa latihan dan perlawanan banyak mempengaruhi mentaliti pemain.

“Ia akan membentuk mental pemain, bagaimana dia menguruskan dirinya, bagaimana mereka menjaga makanan mereka, menjaga rehat mereka, memotivasikan diri apabila mereka tidak beraksi semasa latihan dan perlawanan, agar memenuhi permintaan daripada pengurusan dan penyokong,” kata Kurniawan.

Kurniawan kemudian membuat perbandingan mentaliti pemain pemain di Eropah berbanding dengan kelab di Indonesia.

Di mana di Eropah, para pemain menganggap latihan itu adalah ibarat perlawanan sebenar. Sebaliknya di Indonesia keadaannya berbeza.

Di Eropah apabila pemain melakukan kesilapan di padang latihan, rakan rakan mereka yang lain akan memarahi mereka. Perkara yang sama mereka akan lakukan jika kawan mereka silap.

Semuanya atas dasar profesional dan tidak ada isu peribadi. Di Indonesia, apabila pemain melakukan kesilapan mereka anggap perkara itu biasa sahaja. Nama pun latihan, dan masih boleh bergelak ketawa.

“Di Eropah, semasa latihan, kalau kita salah, kawan-kawan kita akan terus maki, kutuk, kerana mereka menganggap latihan seperti perlawanan, jadi mentaliti mereka akan diuji.”

“Di Indonesia, saya minta maaf, di sini salah, itu perkara biasa. Jika ada kesilapan, dianggap tiada apa apa.”

“Oleh sebab itu apabila pemain beraksi di luar,  mereka menyedari nilai mereka adalah dalam bola sepak, jadi mereka tidak bermain permainan.”

Teringat beberapa perkongsian pemain pemain Manchester United yang menyatakan bahawa pada era Sir Alex Ferguson, latihan sangat sangat tegang melibatkan pemain pemain United. Sesiapa sahaja akan melakukan latihan dengan sangat serius.

Foster berkongsi cerita pengalaman beliau bersama Vidic menerusi sebuah podcast. Vidic seorang yang sangat ‘ganas’, buas dan sangat serius di padang latihan.

Menurut Foster, Vidic memang seorang pendiam di luar padang. Namun di atas padang beliau sangat vokal. Tak kisahlah ketika latihan ataupun perlawanan sebenar.

Namun bezanya di sesi latihan, perangai Vidic membuatkan ramai yang tak mahu sepasukan dengannya.

“Bercakap tentang Nemanja, beliau merupakan seorang yang sangat pendiam di luar padang kan?”

“Namun begitu ketika di atas padang dan juga di padang latihan beliau merupakan seorang yang sangat menakutkan. Jujur saya cakap dengan kamu.”

“Dia memang teruk, jujur saya katakan dia jenis pemain yang tak kisah dengan segala perkara apabila ketika di atas padang latihan.”

“Jika hari tu kami ada latihan 5 vs 5 ataupun 6 vs 6 atau sebagainya, apabila kamu diletakkan berada di dalam pasukannya, saya selalu merasakan semua orang berkata [dalam hati]: Pasukan Vidic, tolonglah jangan’.”

“Kerana jika pasukan kami tidak menang ataupun saya melepaskan gol ketika di dalam sesi latihan ia akan terus terang beritahu saya bahawa saya patut buat lebih baik.”

“Dia akan terus sembur je dan tembak semua orang dalam pasukan.”

“Secara jujurnya saya berkata, dia seorang pemain yang sangat teruk ketika di latihan tapi seorang yang sangat berbeza ketika di atas padang perlawanan sebenar.”

Foster menyatakan ketika perlawanan sebenar, Vidic seorang yang sangat supportive. Namun beliau tetap seorang yang garang.

Baca yang lain