Kurt Angle Kini Malu Dengan Komen ‘Pendatang Haram’ Kepada Rey Mysterio Pada 2002

Dalam setiap pertarungan WWE, antara benda yang menarik adalah aksi di belakang pentas dan juga video promo.

Namun korang tak payahla beriya cakap benda tu lakonan dan scripted, sebab fans WWE sendiri memang tahu. Cuma mereka nak enjoy jalan ceritanya.

Pada tahun 2002, dalam satu video promo Kurt Angle dikejutkan oleh sambutan luar biasa para penonton yang tiba tiba menyokong Rey Mysteria. Dan dia memberikan reaksi yang penuh looser.

Rey Msyterio telah menewaskan Kurt Angle. Membuatkan beliau sangat marah di dalam video promo tersebut.

Dan hari ini pada tahun 2020, Kurt Angle menonton kembali video itu dan mengakui dia menyampah dengan wataknya di dalam itu.

Segalanya bermula apabila ada yang memuat balik video itu menerusi Twitter. Dan Kurt Angle memberikan respon beliau.

Legenda yang berada dalam The WWE Hall Of Fame itu menjelaskan dia sedikit looser dahulu. Namun dia merasakan benda tu kelakar dan kena share balik.

“Sedikit looser dahulu. Tapi ni kelakar macam tahi. Harus dipost balik ni.”

Kurt Angle yang kalah kepada Rey Mysterio telah berkata: “Saya baru sahaja kena dengan budak 12 tahun yang pelik. Apa kejadahnya sedang berlaku di sini, natey.”

“Orang berpusu pusu ke sini untuk tengok pertarungan aku, tapi semua orang merosakkan [mood] aku dari kiri dan kanan.”

Angle merujuk kepada para penonton yang menyokong Rey Mysterio.

Wartawan kemudian ditanya: “Apa maksud kamu dengan orang merosakkan kamu dari kiri dan kanan?”

Angle menjawab: “Deyyyyyyyyy”

“Kau  ni ada tengok match ke tak? Rey Mysterio tu dulunya pendatang haram kau tau. Dia pendatang haram, dan kini mungkin masih lagi warganegara haram.”

“Dan jika dia ada rasa integriti, atau apa saja, ayuh dong tampil dan tamatkan sahaja pertarungan ini.”

“Tapi aku rasa, integriti tak ada dalam sebahagian kamus dia yang memiliki kekurangan kosa kata yang sangat teruk.”

“Saya akan beritahu kamu, apa yang harus ada dalam kosa kata Mysteria… ‘patah kaki’. Benda pertama yang dia akan rasa, hasil ehsan daripada bekas juara dan hero Olimpik kami, ini betul, sangat benar.”

Ramai peminat WWE merindui aksi promo seperti dulu dulu. Di mana mereka lebih terbuka dalam perkara seperti itu. Pada hari ini, Kurt Angle bakal dituduh rasis.

Sedangkan perkara itu hanyalah drama untuk membina jalan cerita panas di antara para penggusti yang akan bertarung.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di