Kylian Mbappe Mahu Pengurus Turunkannya Lawan Bayern Hari Ini

Pemain bintang PSG, Kylian Mbappe sebelum ini mengalami kecederaan.

Dan dia dijangka tidak akan dapat beraksi menentang Bayern Munich terutama sekali untuk first leg pusingan 16 akhir tersebut.

Tetapi pemain antarabangsa Perancis itu kemudian telah meminta kelab untuk menyertakan namanya dalam aksi menentang Bayern.

Dia mahu terlibat, walaupun sekadar di bangku simpanan.

Kini laporan terbaru menyatakan Mbappe sudah meminta pengurus agar menurunkannya menentang Bayern dalam aksi UCL.

Dia juga sudah melakukan latihan bersama pasukan.

Mbappe yakin bahawa dia akan akan dapat membantu PSG dalam usaha mengalahkan Bayern Munich pada kali ini.

Semalam PSG sudah mengesahkan bahawa nama Mbappe berada di dalam skuad PSG.

Neymar dan Lionel Messi turut berada dalam senarai pasukan mereka. Di tengah tengah berita tentang masa depan kedua dua pemain itu menjadi subjek perbincangan peminat.

Namun Galtier menyatakan bahawa Mbappe tetap perlu menjalani saringan kecergasan akhir untuk bermain dalam aksi tersebut.

Mbappe sudah menegaskan dia mahu bermain sekurang kurangnya sebagai pemain gantian sekalipun.

Aksi antara PSG dan Bayern adalah perlawanan tumpuan dalam aksi 16 akhir pada pagi esok waktu Malaysia.

Dengan kedua dua pasukan memiliki banyak nama besar di dalam pasukan mereka.

PSG masih memburu kejuaraan UCL pertama dalam sejarah mereka. Sementara Bayern pula memburu kejuaraan ketujuh mereka.

Pengurus Bayern, Julian Nagelsmann tidak terkejut dengan berita adaya nama Mbappe dalam skuad PSG.

Kerana menurutnya, pasukan kejurulatihannya sudah bersedia dengan kemungkinan seperti itu.

Adakah Mbappe akan beraksi menentang Bayern kali ini?

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu