Laku Keras! Roberto Martinez Akhirnya Pilih Portugal Dan Tolak Banyak Tawaran Lain

Roberto Martinez nampaknya mendapat satu lagi jawatan berprofil tinggi di peringkat antarabangsa. Di mana dia dilaporkan bakal menjadi pengurus baharu Portugal menggantikan Fernando Santos yang melepaskan jawatannya.

Santos sebelum ini mengesahkan dia tidak lagi menjadi pengurus Portugal selepas pasukan itu tersingkir daripada suku akhir Piala Dunia di tangan Maghribi.

Kekalahan itu dianggap memalukan dan sangat tidak boleh diterima.

Fernando Santos juga dikritik dan dianggap tidak cukup bagus dari segi taktikal.

Roberto Martinez pula tidak disambung kontraknya bersama Belgium sebaik sahaja pasukan itu tersingkir awal dari peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2022.

Ianya dikatakan pengakhiran kepada generasi emas Belgium era Eden Hazard, De Bruyne dan rakan rakan lain.

Di mana generasi emas tersebut kerap berada di ranking no.1 FIFA tetapi tiada langsung trofi yang mereka menangi.

David Ornstein secara ekslusif melaporkan bahawa rundingan antara FA Portugal dan Roberto Martinez kini di fasa akhir untuk dimeterai.

Martinez sudah bersetuju secara verbal untuk menjadi pengurus Portugal.

Sebelum ini Martinez turut dikaitkan dengan jawatan pengurus Sepanyol, menggantikan Luis Enrique.

Selain daripada Martinez, FA Portugal sebelum ini mempertimbangkan Jose Mourinho untuk menjadi pengurus mereka.

Namun Mourinho mahu menggalas 2 jawatan pada masa yang sama. AS Roma tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Dan ianya juga membuatkan rundingan menjadi sukar.

Roberto Martinez dianggap calon terbaik untuk menjadi pengurus baharu Portugal.

Martinez turut mendapat tawaran daripada beberapa kelab selepas Piala Dunia 2022.

Namun Roberto Martinez akhirnya memilih Portugal sebagai destinasi baharunya/

Kini dia dalam proses untuk memeterai perjanjian dengan Portugal yang dijangka akan selesai pada minggu hadapan.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan