Laman Rasmi PSSI Kena Hack: ‘Indonesia Mainnya Bapuk”

Laman Rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah digodam sebaik sahaja pasukan Garuda tewas di tangan Thailand.

Peminat Indonesia ternyata tidak berpuas hati dengan kekalahan teruk 4-0 di tangan Thailand pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2020.

Chanathip Songkrasin menjaringkan dua gol dalam final tersebut. Sementara dua lagi gol Thailand adalah menerusi Supachok dan juga Bordin Phala.

Akibat geram dengan kekalahan tersebut, Hacker yang menggunakan nama Anon7 yang menggodam laman tersebut telah mengubah isi artikel berjudul “Ayo… Tetap semangat di laga kedua.”

Jika diklik pada artikel tersebut, ianya akan membawa kepada isi yang lain.

Anon7 memasukkan poster protes kepada PSSI dengan gambar KETUM PSSI, Mochamad Iriawan diletakkan tanda pangkah.

Berlatarkan lagu Garuda Di Dadaku, Hacker menulis: “Indonesia mainnya bapuk apa karena Ketum PSSI masuk kamar ganti pemain? Yok Indonesia bisa yok, masih ada leg 2, semangat! #opiwan #indonesiajuara”

Tidak ada kecaman daripada hacker ke atas pemain dan jurulatih Indonesia pada kali ini. Kerana ternyata mereka marah dengan PSSI yang menurut mereka menjadi perosak bola sepak Indonesia.

Sebelum perlawanan, peminat Indonesia sendiri bengang mendengarnya Iriawan yang gatal gatal mahu memasuki bilik persalinan Indonesia untuk memberikan kata kata motivasi dalam aksi final kedua nanti.

Mereka menasihatkan agar Iriawan membatalkan niatnya itu kerana akan mengganggu sesi taklimat yang terhad oleh Shin Tae Yong.

Ini merupakan kali keenam Idonesia layak ke final. Tiada pasukan lain yang lebih banyak masuk ke final tetapi gagal menjuarai Piala AFF berbanding Indonesia.

Sebelum ini Indonesia kalah dalam 5 final mereka. 3 daripadanya adalah di tangan Thailand.

Kini Indonesia memerlukan 5 gol dan mengelak bolos pada perlawanan kedua untuk bergelar juara. Atau sekurang kurangnya 4 gol tanpa bolos untuk mengheret perlawanan ke masa ekstra atau penentuan penalti.

Jika gagal, Indonesia akan menelan peritnya kekalahan keenam di final dan kekalahan keempat di final di tangan Gajah Putih.

Selain itu peminat Indonesia memberikan amaran kepada PSSI agar tidak sesekali memikirkan untuk menjadikan Shin Tae Yong sebagai kambing hitam kegagalan Indonesia pada kali ini.

Kerana ternyata Shin Tae Yong sudah melakukan tugasannya dengan baik sekali. Walaupun seringkali mendapat campur tangan daripada PSSI dalam isu isu yang berkaitan latihan dan pemilihan pemain.

Beberapa bulan lalu, Shin Tae Yong hampir meletakkan jawatan kerana PSSI tidak mahu menuruti kehendaknya dalam menentukan tempat latihan untuk para pemainnya.

Mujur isu itu dapat diselesaikan dan pengendali asal Korea Selatan itu kembali menyambung tugasannya.

Ini bukanlah pertama kali laman rasmi PSSI digodam. Sebelum ini laman PSSI juga pernah digodam pada 2017. Dan ianya memaksa PSSI membuat laman web yang baharu.

Pada ketika itu, laman web rasmi PSSI telah digodam oleh individu bagi pihak Muslim Cyber ​​​​Security.

Godaman itu berlaku selepas PSSI yang mengenakan sekatan terhadap penyokong Persib Bandung, Bobotoh yang melakukan aksi solidariti kemanusiaan di stadium ke atas etnik Rohingnya.

Dalam perlawanan Persib menentang SemenPadang di Stadium Si Jalak Harupat, pada 9/9/2017, Bobotoh menampilkan koreografi yang berbunyi ‘Selamatkan Rohingya’.

Penggodam mengubah rupa laman web PSSI dengan gambar penyokong Persib membentangkan sepanduk bertulis ‘Freedom Rohingya’.

Mereka turut mempersoalkan punca PSSI melarang Bobotoh daripada melakukan tindakan solidariti.

Masalah penggodaman itu telah memaksa PSSI melancarkan laman web baharu.

Mujur berdasarkan tinjauan kami, PSSI berjaya mendapatkan semula website mereka.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu