Tak Datang Ke Studio Kerana Mabuk, Adriano Dipecat Daripada Jawatan Pundit

Adriano sebelum ini mengadu dia ada masalah kewangan yang teruk. Sehingga menjual banyak aset dan hartanya.

Ini termasuk menjual memorabilia bola sepak miliknya seperti jersi Adriano dan jersi pemain lain yang bertukar dengannya. Serta kasut dan medal kejuaraan.

Nasib Adriano mendapat perhatian ramai pihak kerana dia mendakwa dia sebenarnya sudah pokai.

Dan dia kemudian ditawarkan beberapa jawatan pundit di TV.

Dia turut menjual rumah miliknya dan menyewa di hotel mewah. Membuatkan Adriano dinasihati agar lebih bijak dalam pengurusan kewangan.

Antara tugasan penting Adriano sebagai pundit adalah bertugas sebagai pundit aksi UCL antara Manchester City dan Inter Milan.

Kenapa ianya penting? Ianya adalah final yang besar dalam kalendar bola sepak. Pada masa yang sama ianya melibatkan kelab yang sinonim dengan Adriano iaitu Inter Milan.

Dia sepatutnya bertugas sebagai pundit di ESPN.

Dan bersama sama dengan pundit lain dari stesen lain di tepi padang atau di dalam studio, misalnya Jamie Carragher, Rio Ferdinand serta Mario Balotelli.

Adriano telah berparti liar dan mabuk sehari sebelum itu. Dia menghadiri 3 parti minum minuman keras dan menari nari tak ingat dunia.

Menurut sumber Globo, Adriano malah hilang dan tidak dapat dikesan oleh keluarga dan rakan rakannya.

Ada yang menghubunginya mengingatkan dia bahawa ada penerbangan penting pada keesokan harinya.

Namun dia tak dapat bagun untuk menjawab panggilan atau mesej. Lalu terlepas penerbangan ke Turki.

Akhirnya dia tidak dapat memenuhi tugasan yang diberikan kepadanya.

Adriano kemudian diumumkan dipecat serta merta daripada jawatan pundit di ESPN. Dan tidak akan menjadi pundit kepada siaran itu lagi di masa akan datang.

Berita itu juga pasti akan memberikan kesan kepada reputasinya di stesen tv lain.

Adriano dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik pada era kegemilangannya.

Namun mulai hilang arah selepas kematian ayahnya. Dia mulai tidak menjaga disiplin dirinya dan mengalami masalah berat badan.

Dia bersara dan kembali ke Brazil. Malah pernah terlibat dalam kumpulan kongsi gelap.

Adriano kemudian meninggalkan kumpulan kongsi gelap itu dan kembali bekerja dalam bidang bola sepak sebagai pundit.

Beberapa tahun lalu dia diangkat ke dalam senarai Hall Of Fame di Maracana.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu