Langgar PKP, Pengantin Baru Nikmati Malam Pertama Dalam Lokap

Biasanya pengantin baru akan meluangkan malam pertama di bilik tidur ataupun di hotel.

Namun di Afrika Selatan, sepasang pengantin baru ini pula menghabiskan malam pertama mereka sebagai pasangan suami isteri di dalam penjara.

Sudah pastinya mereka tidak tidur sebilik apabila di penjara kan? Nak pesan kat abang tu, sabun jatuh jangan kutip ke macamana ni?

Mereka disumbat ke dalam lokap selepas melanggar peraturan Lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pasangan penganting tersebut tetap meneruskan upacara tersebut yang dihadiri oleh ramai tetamu walaupun perintah lockdown sudah dikuatkuasakan.

Kesemua 53 tetamu termasuk seorang pastor juga ditahan selepas polis yang dengan pantas menyerbu majlis tersebut. Pelbagai kesalahan social distancing yang mereka lakukan.

Pengantin lelaki kemudian terpaksa membantu pengantin wanitanya memegang gaun pengantin ketika menaiki van polis.

Para pegawai dapat dilihat menyerbu majlis perkahwinan itu dengan lengkap senjata dan topeng muka lalu mengarahkan majlis tersebut ditamatkan.

Pihak polis mendapat laporan daripada orang awam di kejiranan mereka tentang kenduri kahwin itu yang akan berlangsung di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Afrika Selatan mengenakan larangan kepada semua perhimpunan awam termasuk majlis keramaian.

Peraturan tersebut juga dikuatkuasakan hampir di kesemua negara pada hari ini selepas pandemik covid-19 yang melanda dunia.

Dilaporkan pasangan pengantin dan kesemua tetamu tersebut akan hadir ke mahkamah pada hari Isnin, 13 April, untuk dibicarakan.

Afrika Selatan ketika ini merupakan negara yang paling tinggi kes covid-19. Sehingga 9 April 2020 Afrika Selatan mencatatkan 1,845 kes dan 18 kematian kerana koronavirus.

Pihak berkuasa telah menetapkan peraturan yang ketat di negara tersebut. Misalnya melarang rakyat mereka keluar dari rumah, kecuali untuk urusan penting, seperti membeli makanan atau untuk alasan perubatan.

Lebih 17,000 orang dikatakan telah ditangkap di Afrika Selatan hanya dalam beberapa hari pertama kuarantin kerana melanggar peraturan social distancing.

Malah, menteri komunikasi di Afrika Selatan, Stella Ndabeni-Abrahams, terpaksa menjalani ‘cuti khas’ selama dua bulan selepas dia ditangkap melanggar aturan dengan makan tengah hari dengan seorang bekas pegawainya.

Beliau kemudian tampil meminta maaf menerusi video yang disiarkan di media sosial, memberitahu pengikutnya:

“Saya ingin menyatakan permohonan maaf kepada masyarakat awam kerana melanggar peraturan lockdown yang dikuatkuasakan untuk membendung penyebaran COVID-19.”

“Saya amat menyesal dengan kejadian itu.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di