Laporta Sindir Madrid: “Kami Tak Akan ‘Sign’ Pemain Yang Minta €50 Juta Bersih Semusim

Kylian Mbappe nampaknya berada di ambang untuk menandatangani kontrak dengan Real Madrid selepas kontraknya di PSG tamat pada akhir musim ini.

Bintang Perancis itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid, dan dijangka akan merealisasikannya dalam beberapa hari akan datang.

Los Blancos dilaporkan membayar wang besar kepada Mbappe untuk mendapatkan khidmatnya, kerana dia dijangka bermain dengan gaji bernilai sebanyak €50 juta semusim.

Mbbappe turut menerima bonus atas tandatangan yang cukup besar iaitu bernilai €100 juta.

David Ornstein pula melaporkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu telah pun membuat keputusan tentang masa depannya. Dia akan meninggalkan PSG pada akhir musim ini.

Kemudiannya, Mbappe dilaporkan sudah mempersetujui syarat dan terma peribadi dengan Real Madrid. Namun Mbappe masih belum menandatangani kontrak tersebut secara rasmi.

PSG masih berharap akan dapat memujuk pemain itu terusk kekal bersama mereka dan menerima syarat baharu dalam kontraknya.

Mbappe enggan mendedahkan rasmi sehingga bulan depan – baru dia mendedahkan pasukan mana akan diwakilinya — sebelum dia menyertai pasukan kebangsaan Perancis untuk Liga Negara-Negara UEFA.

Laporan yang muncul dari Sepanyol menyatakan bahawa Mbappe telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid. Dia sedang dalam proses menandatangani kontrak lima tahun, serta mengaut €100 juta daripada hanya daripada bonus menandatangani kontrak.

Nampaknya terdapat kebimbangan mengenai hak imej sebelum ini. Real Madrid hanya menawarkan 50% daripada hak berbanding PSG 100%.

Hak imej menjadi sebab kenapa rundingan antara Mbappe dan Real Madrid tiba tiba menjadi rumit.

Bagaimanapun, perkara telah diselesaikan sekarang, kerana juara Sepanyol itu telah menambah baik tawaran mereka sebanyak 10% lagi. Pemain itu juga akan membawa pulang gaji bersih €25 juta setahun.

Real Madrid juga dilaporkan akan menutup mulut mengenai perjanjian itu sehingga pemenang Piala Dunia FIFA 2018 itu sendiri mengesahkan perkara yang sama.

Mbappe telah dikaitkan dengan kelab itu sejak beberapa musim kebelakangan ini. Terutama sekali selepas pemergian Cristiano Ronaldo.

Kemudian Joan Laporta ditanya oleh wartawan, adakah beliau berminat dengan Kylian Mbappe. Laporta memberikan gambaran bahawa Barcelona sudah berunding dengan Mbappe dan tidak dapat menuruti permintaan pemain itu.

Presiden Barca itu terus menyatakan bahawa mereka tidak akan sesekali menandatangani pemain yang meminta nilai gaji bersih €50 juta semusim.

Presiden Barça Joan Laporta memberitahu @totcosta: “Kami tidak akan pernah mempertimbangkan untuk menandatangani pemain yang meminta €50 juta gaji bersih setiap musim.”

Komen Laporta itu dikatakan telah menyindir musuh ketat mereka iaitu Real Madrid yang sanggup membayar angka diminta pemain asal Perancis itu.

Peminat Real Madrid segera mengingatkan Laporta bahawa Barcelona sebelum ini membayar angka gaji jauh lagi tinggi daripada gaji diminta Mbappe itu ketika mereka membayar Lionel Messi.

Pemain itu hanya dilepaskan Barca selepas kelab berdepan masalah kewangan.

Seterusnya, penyokong Real turut berpendapat Laporta mungkin harus lebih banyak muhasabah diri sebelum melepaskan tembakan ke arah Real Madrid untuk perbelanjaan besar mereka.

Kenyataan Laporta yang menyatakan ‘ tidak akan pernah mempertimbangkan’ itu dianggap hipokrit. Kerana Barca mungkin akan menjadi kelab pertama berunding dengan Mbappe jika kewangan mereka kukuh seperti beberapa tahun yang lalu.

Ketika itu Barcelona berbelanja tak ingat dunia. Malah pada satu ketika mereka membelanjakan lebih €100 juta untuk seorang pemain dalam 3 jendela perpindahan melibatkan Coutinho, Ousmane Dembele dan kemudian Antoine Griezmann.

Kemudian pihak daripada keluarga Mbappe menafikan bahawa Mbappe meminta gaji bersih EUR50 juta semusim daripada Barcelona.

Seterusnya koresponden dari Sepanyol turut memberikan jaminan bahawa Real Madrid pun tak akan sanggup membayar gaji bersih €50 Juta semusim untuk Mbappe.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari