Laporta: “Tahun Lepas Ada Kelab Nak Beli De Jong €100 Juta, Namun Kami Tak Layan”

Presiden Barcelona, Joan Laporta menyatakan bahawa pada musim lalu ada kelab menawarkan €100 juta untuk mendapatkan Frenkie De Jong namun Barca menolaknya.

Ianya jelas bercanggah dengan laporan bahawa Barcelona mendesak De Jong berpindah untuk mendapatkan dana daripada penjualan pemain itu.

Di mana Man United dilaporkan sedia membayar €80-90 juta untuk De Jong. Angka yang sama dibayar Barca kepada Ajax.

Malah laporan pada masa itu menyebut bahawa Xavi turut yakin bahawa pemain seperti Gavi cukup bagus untuk menggantikan De Jong.

Barca membuat keputusan mahu menjual De Jong kerana isu kewangan yang kritikal melanda kelab itu.

Kisah tarik tali masa depan De Jong

Barcelona pada masa itu diminta mengurangkan lagi kos operasi mereka sehingga €200 juta. De Jong dan Dembele antara nama yang awalnya diletakkan dalam senarai untuk dijual.

Tetapi pemain itu berkeras mahu terus kekal bersama Barcelona. Dia menerima €200 ribu seminggu di Barcelona dengan kontrak sehingga 2026.

Dan dia diletakkan bermain posisi bek tengah dalam aksi pra musim dan beberapa perlawanan lain.

Ianya untuk memberitahu De Jong bahawa bahagian tengah Barca sudah cukup bagus.

Xavi kemudian menjelaskan kepada De Jong, kelab mahu menjualnya bukan hanya kerana mereka perlukan wang. Tetapi alasan lain adalah kerana BOD Barca tak berpuas hati dengan prestasi De Jong sejak menyertai kelab itu.

De Jong dikatakan mulai tertarik untuk ke Manchester United.

Barca dan Man United melakukan perbincangan yang sangat panjang. Dua bidaan Man United ditolak kerana tidak menepati tanda harga EUR80 juta dimahukan Barca.

Akhirnya presiden Barca mulai berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi mengekalkan De Jong.

Laporta kemudian menegaskan bahawa di pihaknya dia mahu De Jong kekal kerana dia pemain berkelas dunia. Ketika itu Barca mulai menerima suntikan dana EUR200 juta.

Ia dilihat sebagai pengakhiran kepada pemburuan De Jong oleh Manchester United.

Namun Laporta menambah De Jong pula harus menerima pemotongan gaji. Kelab turut menyarankan agar De Jong melupakan tunggakan gaji €13 juta daripada €17 musim lalu. Bermakna dia hanya menuntut €4 juta sahaja.

De Jong tak setuju. Ia telah membuatkan Barcelona memutuskan untuk mahu menjual semula pemain itu. Manchester United dan Barcelona kemudian dilaporkan mencapai kesepakatan harga dengan pakej keseluruhan €85 juta. €75 juta dilaporkan dibayar tetap dan €10 juta adalah bonus.

Barca cuba meyakinkan De Jong bahawa perpindahan ke United adalah yang terbaik untuk karier pemain itu.

Tetapi United bergelut untuk mencapai kesepakatan secara peribadi dengan De Jong.

Ejen kepada pemain itu telah bercakap sendiri dengan delegasi Manchester United bahawa kliennya, De Jong masih mahu kekal di Barca. Ali Dursun dikatakan meminta agar Man United menghentikan pemburuan De Jong. Kerana pemain itu mahu terus kekal di Barca.

Berita itu benar benar mengecewakan Barca. Yang kemudian mengancam bahawa De Jong akan berdepan risiko dibekukan oleh kelab jika menolak perpindahan ke Manchester United.

Perkara yang sama dilakukan Barca kepada Dembele yang enggan melanjutkan kontraknya musim sebelum ini. Namun tindakan membekukan Dembele tak lama. Dia terlibat semula dengan pasukan dan berbaik semula dengan pengurusan Barca. Dembele malah menandatangani kontrak baharu dengan Barca sehingga 2024.

Kedegilan De Jong membuatkan Barca sedia bermain dengan buah keras dengan pemain itu. Dia diberitahu agar dia mesti menerima tawaran tersebut. Jika tidak, dia berisiko untuk ditinggalkan daripada jelajah pra musim di Amerika.

Ini kerana jika De Jong menerima perjanjian itu, kelab akan berpeluang mendaftarkan beberapa penandatanganan baharu seperti Christensen, Kessie, Raphinha serta memperbaharui kontrak Sergi Roberto.

Walaupun sudah mengumumkan secara rasmi 3 pemain baharu tersebut, namun Barca masih gagal mendaftarkan mereka ke dalam La Liga kerana akaun FFP Barca masih sakit.

Barca berusaha untuk memastikan pemain pemain itu rasmi didaftarkan dengan melakukan beberapa usaha perlarasan semula gaji pemain. Mereka turut cuba menjual Umtiti, Memphis Depay dan Braithwaite dalam jendela perpindahan kali ini.

Penjualan De Jong akan membuka peluang besar untuk mendaftarkan Robert Lewandowski.

Xavi memberitahu kelab bahawa dia boleh meneruskan projeknya tanpa De Jong kerana posisi itu ada pemain muda lain seperti Pedri, Gavi, Nico, Pablo Torre atau Kessie.

Laporta nafi mahu jual De Jong

Kini Laporta mengesahkan bahawa Barca tak pernah terfikir mahu menjual De Jong. Dan ianya dibuktikan dengan tindakan tegas kelab itu menolak tawaran €100 juta daripada kelab lain untuk pemain tersebut.

Laporta berkata: “Tahun lepas ada tawaran €100 juta kami terima untuk Frenkie De Jong…. dan kami tak mahu menjualnya.”

“Ada beberapa pemain yang tak seharusnya berada dalam senarai bursa perpindahan.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.