TERKINI: Lee Zii Jia Juara All England 2021

Bintang perseorangan Malaysia, Lee Zi Jia melakar kejutan apabila menewaskan pemain nombor dua untuk menjadi juara kejohanan beprestij All England.

Dalam suku akhir sebelum ini Lee Zi Jia menewaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

Dalam aksi final Lee Zii Jia dan Axelsen bertarung dalam 3 set. Set pertama paling gila sehingga ke penentuan 30 mata.

Dalam set kedua, Viktor Axelsen menewaskan Zii Jia.

Masuk ke set ketiga, Zii Jia lebih tenang dan lebih fokus. Axelsen banyak melakukan kesilapan.

Tamat perlawanan, Zii Jia membawa pulang gelaran ke-15 untuk All England bagi kontigen Malaysia.

Di media sosial, para peminat bersorak gembira.

Lee Zii Jia menjadi pemain perseorang keenam dari negara kita yang memenangi acara perseorangan All England. Dan sudah pasti ini adalah kejayaan terbesar dalam kariernya setakat ini.

Syabas kepada Lee Zii Jia. Kami bangga bersama kamu

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di