Leeds United Dikecam Teruk Setelah Muat Naik Ciapan Kontroversi

Setelah dibelasah teruk 6-2 di Old Trafford ketika menentang Manchester United dalam Roses Derby, Leeds United kembali menemui rentak kemenangan apabila memenangi dua perlawanan berikutnya.

Kemenangan 1-0 menentang Burnley dan 5-0 dalam perlawanan berat sebelah menentang West Bromwich Albion meletakkan mereka kembali dalam landasan sebenar untuk berada sekurang-kurangnya di pertengahan liga.

Skuad kendalian Marcelo Bielsa kini berada di tangga kesebelas liga dengan 7 kemenangan serta 2 seri dengan mengumpul 23 mata selepas 16 perlawanan.

Terpalit Kontroversi

Namun disebalik kemenangan bergaya di The Hawthorns, Leeds terpalit dengan kontroversi. Ini setelah akaun Twitter rasmi pasukan telah memuat naik satu ciapan yang memerli kata-kata pengulas jemputan perlawanan tersebut, Karen Carney.

Bekas pemain kebangsaan England itu menyatakan pendapatnya bahawa Leeds layak ke EPL musim lepas adalah kerana bantuan rehat panjang akibat dari pandemik kobis.

Reaksi Netizen

Selepas akaun Twitter rasmi Leeds memuat naik ciapan itu, terdapat pelbagai respon yang dapat dilihat.

Ada yang mengecam kerana tindakan itu seolah-olah merendahkan martabat kaum hawa dalam memberi pandangan. Hanya kerana beliau seorang wanita, pendapat beliau tidak dipandang serius. Katanya..

Pendapat Karen mungkin ada asasnya kerana pada musim 2018/2019, Leeds yang pada suatu ketika mendahului liga tersungkur pada saat akhir setelah pemain-pemain dikhabarkan kepenatan dengan gaya permainan yang berintensiti tinggi.

Perintah Kawalan Pergerakan UK (PKPUK) membantu mereka untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk mengekalkan momentum sehingga akhir musim.

Ada juga yang menyokong tindakan tersebut kerana apa yang dikatakan oleh Karen tidak benar. Sebelum liga diberhentikan seketika, Leeds berada di puncak dengan kelebihan 8 mata berbanding pencabar terdekat.

Bukan Kali Pertama

Akaun Twitter rasmi Leeds sering memuat naik ciapan untuk memerli mana-mana pihak yang sering memandang rendah pasukan mereka. Namun ianya lebih kepada respon humor atau banter sahaja.

Boleh je tanya kepada lagenda Aston Villa, Gabriel Agbonlahor apabila beliau memuat naik status sebelum perlawanan di antara Leeds dan Villain. Di akhir perlawanan, Leeds menang mudah 3-0 hasil hatrik Patrick Bamford (17 points FPL).

Seorang lagi yang mempunyai kaitan dengan Villa turut ditroll oleh Twitter Leeds. Bekas pengurus, Tim Sherwood mengatakan bahawa Leeds mungkin akan kepenatan dengan cara permainan mereka yang sangat demanding.

Namun pada minit terakhir perlawanan ketika menentang Newcastle United, mereka melakukan serangan balas dengan 5 pemain berada di dalam kotak penalti tuan-tuan!

Antara respon lain adalah kepada pengurus Sheffield United:

Leeds Hubungi Karen

Leeds menghubungi Carney pada hari Rabu dan mengundangnya ke tempat latihan mereka untuk membuat laporan sebelum pertembungan pusingan ketiga Piala FA mereka dengan Crawley pada Ahad depan. Tetapi kelab itu menolak untuk memadam ciapan mereka, yang disokong oleh pemilik Andrea Radrizzani.

Bercakap dengan pengacara talkSPORT, Jim White, beliau berkata: “Saya sangat menyesal Karen dikecam di media sosial. Saya mahu mempertahankan kelab dan pemain kami dari komen, yang saya rasakan keras dari Karen di udara. Ciapan kami tidak menyinggung perasaan – hanya menyatakan bahawa kami memenangi liga dengan 10 mata. Simple”.

TERKINI: Karen telah memadam akaun Twitternya seteelah menerima pelbagai kecaman berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan