Legenda Bayern Perlekeh Ucapan Perpisahan Lucas Hernandez Yang Dianggap Hipokrit

Legenda Bayern Munich, Mehmet Schnoll menganjing ucapan emosional Lucas Hernandez sebagai penuh kepura puraan.

Bek sisi Perancis itu menyertai PSG pada jendela perpindahan kali ini. Lucas menulis ucapan perpisahan mendayu dayu di Instagram miliknya.

Dia menulis: “Hari ini dengan hati yang berat sekali, saya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab. Selepas pertimbangan sedalamnya, saya telah memutuskan untuk berdepan dengan cabaran baharu dalam karier saya.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi dari kamu semua sepanjang saya berada di sini.”

“Detik yang kita kongsi bersama akan kekal di dalam ingatan saya, begitu juga dengan semua trofi yang kita menangi, terutama sekali Liga Juara Juara Eropah yang sentiasa menjadi impian saya.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan, semua staf, pengurusan tertinggi FC Bayern Munich di atas kepercayaan dan sokongan sepenuhnya sepanjang masa.”

“Kelab ini telah membantu saya membangun sebagai pemain dan seorang insan. Berbangga sekali dapat menyarung jersi salah satu kelab paling beprestij di dunia.”

“Akhir sekali, saya memohon kamu semua menghormati keputusan saya, walaupun sentiasa sukar untuk ucap selamat tinggal.”

Schnoll yang kurang gembira dengan cara Hernandez meninggalkan kelab telah menganjing di ruangan komen.

“Saya tak percaya walaupun sepatah ayat pun yang kau cakap. Bye bye.”

Lucas bermain 107 penampilan untuk Bayern. Menjaringkan 2 gol dan melakukan 8 assist sahaja. Bekas pemain Atletico itu menyertai Bayern sebagai rekod untuk pertahanan termahal dalam sejarah Bayern dengan bayaran keseluruhan mencecah €80 juta.

Musim lalu, Lucas Hernandez membuatkan pengurusan tertinggi Bayern kecewa apabila dia memberitahu dia tidak mahu melanjutkan kontrak dengan kelab Bavaria itu.

Membuatkan kelab terpaksa menjualnya. Dan PSG datang membida Lucas Hernandez. Akhirnya pemain itu ke PSG dengan nilai €40 juta.

Ramai peminat Bayern marah dengan Hernandez yang dianggap memilih PSG kerana wang. Lebih lebih lagi Hernandez dalam ucapannya selepas mengangkat jersi PSG menyatakan dia sudah lama menunggu saat untuk mewakili PSG.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di