Lelaki Indonesia Ini Tetap Semangat Duduk Pelamin Selepas Kemalangan Dan Pembedahan

Satu gambar perkahwinan yang dimuat naik, dengan pengantin lelaki hanya memakai seluar pendek, serta tidak berbaju, menjadi viral di media sosial.

Selain itu, keadaan pengantin lelaki juga kelihatan cedera dan terdapat pembalut pada beberapa bahagian badannya.

Dalam foto yang tular di seluruh dunia itu, bahu kiri pengantin lelaki dibalut dengan pembalut sokongan, de

Foto tersebut mendapat banyak perhatian penonton dan mengundang komen netizen, seperti berikut. “Hebat, jujur, berusaha untuk bertanggungjawab terhadap acara & keluarga.”

Foto yang dimuat naik ini telah di-retweet oleh lebih dari 3,000 kali dan belasan ribu sukaan.

Portal terkemuka Indonesia, Kompas.com telah mendapatkan kepastian tentang perkara itu. Kompas telah menghubungi pengantin perempuannya, Elinda Dwi Kristiani. Dia mengatakan bahawa majlis perkahwinannya dengan suaminya, Suprapto, diadakan pada 2 April 2021.

Pernikahan itu diadakan di kediaman pengantin perempuan, di daerah Lengkong, Kabupaten Nganjuk, Jawa Timur.

“(Perkahwinan itu berlangsung) di rumah saya. Pengantin perempuan, ” kata Elinda melalui kepada Kompas.com.

Selepas rawatan dan pembedahan kerana kemalangan, dia menjelaskan, keadaan suaminya itu membuatkan dia terpaksa tidak memakai persalinan pengantin.

Elinda menambah: “Kerana dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan bahunya. Dan itu baru pulang dari hospital, maka dia tak dapat memakai baju pengantin.”

Elinda menambah bahawa suaminya mengalami kemalangan empat hari sebelum upacara perkahwinan.  Di mana suaminya, Suprapto mengalami kemalangan sendirian / self accident.

“Pada masa itu suami saya ingin membeli minyak. Tiba-tiba di tengah perjalanan suami saya jatuh tidak sedarkan diri  kerana terbabas dan terjatuh dari motosikalnya. Kemalangan sendiri.”

Kerana kejadian tersebut, Suprapto terpaksa menjalani pembedahan di bahu kirinya. Walaupun begitu, perkahwinan kedua mereka berjalan lancar.

Elinda bersyukur sekali dan berkata: “Alhamdulillah (perkahwinan berjalan lancar).”

Sumber: Artikel dari Kompas

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di