Lelaki Jerman Ditahan Kerana Beri Arahan Palsu Kepada Pesawat Dan Helikopter Selama 6 Bulan

Niat seorang lelaki yang awalnya hanya bergurau telah meleret kepada satu perkara yang mendedahkan orang awam kepada risiko sangat tinggi.

Mungkin kerana insiden itu tidak ada kemalangan yang berlaku membuatkannya dianggap satu jenaka. Bayangkan sebaliknya?

Korang pernah tengok filem Catch Me If You Can? Di mana seorang lelaki bernama Frank Abagnale telah memperdaya orang ramai dengan menjadi juruterbang.

Kali ini di Jerman seorang lelaki di Berlin ditahan kerana membuat panggilan radio dengan pegawai lalu lintas udara termasuk helikopter polis.

Lebih gila, apabila lelaki tersebut turut mengeluarkan arahan palsu kepada pesawat dengan menyamar sebagai pegawai penerbangan.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di daerah Koepenick timur ibu kota pada Khamis lalu.

Setelah dia melakukan kontak dengan helikopter polis yang dikerahkan ke kawasan rumahnya dengan mengeluarkan satu lagi arahan palsu. Dengan harapan polis akan teperdaya sekali lagi.

Namun pihak polis berjaya menahannya dan menyerbu kediamannya di sebuah apartment.

Polis menemui dua peranti radio semasa penggeledahan di kediamannya yang memancarkan gelombang frekuensi yang diperlukan untuk menghubungi pesawat.

“Bagi semua orang yang bertanya mengenai operasi helikopter polis kami di Koepenick, penangkapan ini bukan penangkapan biasa”, kata polis Berlin menerusi Tweet mereka.

“Selama enam bulan terakhir, lelaki itu disyaki melakukan kontak dengan penumpang dan juruterbang pesawat pengangkut, serta helikopter polis negeri dan persekutuan, memberikan pesanan ‘berpotensi berisiko kepada keselamatan’ dan menjadi semakin profesional dengan komunikasi.”

Tidak ada kemalangan atau insiden tidak dingini berlaku, kata polis. Namun polis menggambarkan tindakan lelaki itu sangat bahaya. Dia boleh memberikan satu kerosakan luar biasa kepada orang awam.

Sumber: HuffPost

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di