Leno: Aku Nombor Satu!

Bernd Leno menjadi sebab kenapa Liverpool terciduk di 16 akhir Piala Carabao.

Prestasi luar biasa penjaga gol dari Jerman itu lantas memberikan kenyataan jelas bahawa kenapa beliau selayaknya menjadi no.1 di Arsenal.

Leno melakukan 7 saves dalam perlawanan ini untuk 90 minit.

Melakukan 2 big saves. 4 daripada 7 saves beliau adalah di dalam kotak penalti.

Manakala menuju ke penentuan penalti, Bernd Leno melakukan dua lagi saves untuk menutup peluang The Reds ke suku akhir.

Leno menjadi penjaga gol Arsenal pertama melakukan clean sheet di Anfield sejak 2012.

Leno terlibat aktif dalam permainan dengan build up dari belakang.

Arsenal tiba di Anfield selepas kekalahan mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal sekali lagi menjadi pasukan yang lebih menyerap asakan dalam perlawanan ini.

Prestasi Arsenal ketika bertahan tidaklah terlalu bagus kerana Liverpool banyak kali mencipta peluang.

Tetapi prestasi Leno adalah luar biasa. Maka tak hairanlah Sofascore memberikkan rating 9.9 kepada Leno.

Leno: Aku nombor 1

Bernd Leno kemudian menyatakan beliau tidak pernah risau tentang kedudukannya sebagai nombor 1 di kelab walaupun prestasi cemerlang Emi Martinez pada musim lalu – ketika Leno cedera.

“Perlawanan ini sangat sukar. Kami membuat beberapa perubahan, anda dapat melihat bahawa dalam falsafah dan niat kami untuk memenangi pertandingan ini.”

“Ini adalah peluang untuk memenangi trofi dan ini adalah sasaran kami.”

“Sudah tentu, bagus untuk penjaga gawang membuat beberapa penyelamatan penalti dan melihat beberapa wajah gembira setelah ia berakhir.”

“Saya lebih suka memenangi permainan tanpa penalti, tetapi yang paling penting ialah kami menang,” tambahnya lagi.

“Tidak mudah untuk datang ke tempat yang sama setelah kekecewaan teruk beberapa hari yang lalu [kalah di Liga Perdana Inggeris].”

“Kami menganalisis perlawanan dan jurulatih memberikan kata-kata yang tepat untuk meningkatkan semangat kami,” sambung Leno.

“Kelab selalu membuat saya merasa bahawa saya adalah penjaga gol nombor satu, saya nombor satu, dan saya akan menjadi nombor satu.”

“Tugas saya adalah membuktikannya setiap minggu dan saya merasakan saya telah melakukannya malam ini,” kata Leno dengan senyuman manis bak buluh perindu.

Bernd Leno diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas satu lagi prestasi luar biasa menjaga gawang Arsenal.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di