L’Equipe Dedah Pogba Ingkar Arahan Taktikal, Coman Menipu Soal Kecergasan

Kem Perancis ternyata huru hara ketika disingkirkan mengejut oleh Switzerland pada aksi peringkat 16 akhir Euro 2020.

Wartawan L’Equipe mendedahkan bahawa ada berlaku pertengkaran melibatkan beberapa individu. Ini termasuk Pogba dan Deschamps.

Pogba sebenarnya telah ingkar arahan Deschamps sebaik sahaja dia menjaringkan gol. Di mana Deschamps mahu pasukannya menukar corak permainan daripada menyerang kepada defensif untuk melindungi kelebihan 3-1.

Malangnya Pogba berterusan bermain agresif dan menyerang. Agak ironik kerana pada kedudukan 3-2, Pogba kehilangan bola dan mencetuskan gol ketiga.

Adrien Rabiot orang yang pertama mempersoalkan tindakan Pogba dan pada masa yang sama Rabiot memarahi Pogba kerana tidak bertahan dengan lebih baik ketika kehilangan bola.

Menurut Sebastien Tarrago dari L’Equipe:

Rabiot dan Pogba saling bertikam lidah dan mengeluarkan kata kata kesat sesama mereka. Rabiot tak puas hati dengan disiplin bertahan Pogba yang rendah.

Selepas itu, Varane pula memaki hamun Pavard kerana tidak bertahan. Namun Pavard mempertahankan dirinya dengan menyalahkan Pogba. Kerana Pavard sedang berada di kedudukan serangan.

Varane kemudian bersetuju dengan Pavard lalu mereka berdua menentang Pogba.

Selepas tamat 90 minit, Deschamps dilihat berkata sesuatu dengan Pogba. Dan kedua dua mereka dikatakan berbalah tentang isu taktikal. Deschamps kecewa Pogba ingkar arahannya.

Deschamps mahu pasukan mereka lebih defensif, namun Pogba pula berterusan bermain dengan ofensif.

Tarrago berkata: “Di atas padang, ianya menjadi gila. Mereka banyak memaki hamu sesmasa mereka. Pogba menjadi sasaran utama dalam perlawanan itu. Ada pertengkaran yang jelas antara Rabiot dan Pogba.”

“Sepanjang pertandingan ini, kita menyaksikan aksi hebat Pogba. Namun saya rasa dia teruk ketika bertahan, sepanjang Euro ini.”

“Pavard diherdik Varane. Pavard menjawab: ‘Kamu betul, tapi aku ni selalu bertahan seorang diri kau tau, Pogba tak kisah pun hal bertahan.”

“Varane kemudian pergi ke arah Pogba. Dan Pogba mempersoalkan, adakah Pavard ni memang ada masalah dengan dia. Semua ini berlaku dalam satu perlawanan.”

“Kemudian, untuk kesekian kalinya, ketegangan berlaku antara Pogba dan coach kerana mereka tak setuju dari sudut taktikal,” tambah Tarrago.

“Deschamps mengarahkan satu pasukan bertahan untuk menyelamatkan kedudukan 3-1. Namun pemain tengah itu [Pogba] merasakan dia patut terus menyerang. Dalam sekelip mata keadaan menjadi sangat tenang dari semua sudut.”

Cerita tersebut tidak berakhir di situ. Didier Deschamps turut bengang dengan Kingsley Coman yang cuba menipu tentang keadaannya. Coman dilaporkan tidak mahu keluar padang walaupun cedera.

Ketika pasukan fisio meminta dia menceritakan keadaannya secara jujur, Coman telah menyatakan dia tak mahu dikeluarkan kerana dia tidak cedera. Coman mengalami kecederaan pada separuh pertama masa ekstra.

Coman dikatakan tidak mahu keluar kerana mahu melawan reputasinya yang selalu dikaitkan dengan pemain ‘kaca’ di atas padang.

Coman meneruskan perlawanan dan Deschamps akhirnya mengeluarkannya pada separuh kedua masa ekstra dengan memasukkan Marcus Thuram.

Ketika dikeluarkan, Deschamps memarahi Coman yang menipu stafnya. Deschamps berkata: “Kamu tak akan bermain [lepas ni – kalau kita mara] Kingsley.”

Coman menunjukkan kekecewaannya di bangku simpanan. Sebelum ini, Coman juga dikatakan kecewa dengan Deschamps yang menggunakan Tolisso di wing kanan ketika menentang Portugal.

Alasan Deschamps ketika itu kerana Tolisso lebih baik ketrika bertahan dan lebih cergas. Mungkin sebab itu Coman cuba membuktikan bahawa dia pun pemain yang cergas.

Di tempat penyokong pula, ibu Rabiot telah memaki hamun ibu Pogba dan ayah Mbappe.

Memang semua serba tak kena.

Masa depan Deschamps pada masa yang sama dikatakan samar selepas perlawanan ini.

Zinedine Zidane mulai disebut bakal mengambil alih tugasan beliau walaupun Deschamps yakin dia akan terus mendapat mandat tersebut.

Perancis dikejutkan Switzerland

Perancis tidak pernah tewas dalam tujuh pertemuan terakhir menenetang Switzerland dengan rekod tiga kali menang dan empat kali seri. Empat dari lima perlawanan terakhir pula berakhir dengan keputusan seri.

Ini merupakan pertemuan kelima antara Perancis dan Switzerland di kejohanan utama (EURO 2004, 2006 World Cup, 2014 World Cup, EURO 2016) dan ini merupakan pertemuan di pusingan kalah mati yang pertama.

Perancis tampak mati kutu seawal permainan dan Haris Seferovic telah membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas menyempurnakan hantaran Steven Zuber.

Hantaran silang sesedap rasa Steven Zuber mudah ditanduk masuk oleh Haris Seferovic.

Perancis bertindak balas dan melancarkan serangan dan menghadirkan 7 percubaan tanpa sebarang percubaan tepat.

Jaringan Haris Seferovic merupakan satu-satunya percubaan tepat Switzerland di separuh masa pertama daripada emapat percubaan.

Separuh masa kedua, Perancis memperkemaskan permainan namun dikejutkan dengan sepakan penalti

Steven Zuber cuba membawa bola untuk melakukan sesuatu namun Benjamin Pavard telah melakukan satu terjahan untuk mengeluarkan bola.

Permainan dihentikan dan Video Assistant Referee melakukan pemeriksaan dan pengadil mengubah keputusan, penalti diberikan.

Kecurangan telah dilakukan oleh Benjamin Pavard ketika mahu mengeluarkan bola Steven Zuber.

Ricardo Rodriguez tampil mengambil sepakan penalti namun Hugo Lloris berjaya menyelamatkan gawang Perancis pada minit ke-55.

Dua minit kemudian Perancis membalas, Kylian Mbappe memecahkan pertahanan Switzerland dengan hantaran lolos membunuh.

Karim Benzema tiada masalah untuk menyamkan kedudukan dan pada minit ke-59 Karim Benzema telah meletakkan Perancis dihadapan.

Kali ini, giliran Antoine Griezmann pula membuat bantuan gol.

Pada minit ke-75, rembatan dari Karim Benzema telah dihadang namun pantas menyambar untuk gol ketiga Perancis.

Secara logik akalnya, Perancis boleh dikatakan sudah layak ke suku akhir namun keindahan bola sepak telah terjadi.

Switzerland mempamerkan aksi kebangkitan dalam 10 minit terakhir.

Haris Seferovic merapatkan kedudukan pada minit ke-81 juga melalui sundulan kali ini dari hantaran silang Kevin Mbabu.

Pada penghujung perlawanan ketika masa perlawanan sebenar 90 minit hampir habis, Granit Xhaka telah membuat satu hantaran lolos yang membunuh.

Mario Gavranovic tengah menyudahkan umpanan Xhaka yang tidak boleh disia-siakan untuk gol penyamaan.

Selepas lima minit masa kecederaan, perlawanan tamat dengan kedudukan seri lalu permainan diheret ke masa tambahan 30 minti.

Tamat 30 minit masa tambahan tiada jaringan dihasilkan oleh Perancis dan Switzerland lalu pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Switzerland memulakan sepakan pertama melalui Mario Gavranovic di ikuti Fabian Schaer, Manuel Akanji, Ruben Vargas dan Admir Mehmedi yang berjaya menjaringkan penalti.

Sepakan pertama Perancis diambil oleh Paul Pogba meyusul kemudian Olivier Giroud, Marcus Thuram dan Presnel Kimpembe yang tiada masalah meletakkan bola ke gawang.

Kylian Mbappe pengambil sepakan terakhir untuk menentukan nasib Perancis gagal untuk membuat sepakan yang sempurna yang diselamatkan oleh Yann Sommer.

Sejarah tersendiri dicipta oleh Switzerland selepas menyingkirkan pasukan juara dunia Perancis.

Buat pertama kali dalam tempoh 67 tahun (Piala Dunia 1954) Switzerland mara ke suku akhir dalam kejohanan utama.

Ini merupakan kali pertama Perancis gagal mara ke suku akhir kejohanan utama (EURO/ Piala Dunia) sejak 2010.

France: Lloris, Varane, Lenglet, Kimpembe, Pavard, Pogba, Kante, Rabiot, Griezmann, Benzema, Mbappe.

Subs: Lemar, Giroud, Tolisso, Zouma, Mandanda, Sissoko, Coman, Lucas, Ben Yedder, Maignan, Dubois, Thuram.

Switzerland: Sommer, Elvedi, Akanji, Rodriguez, Widmer, Freuler, Xhaka, Zuber, Shaqiri, Seferovic, Embolo.

Subs: Mbabu, Zakaria, Vargas, Mvogo, Sow, Fassnacht, Benito, Mehmedi, Gavranovic, Fernandes, Kobel, Schar.

Referee: Fernando Rapallini (Argentina).

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di