Leverkusen Tak Layan Diskaun Covid Diminta Chelsea Untuk Havertz Yang Lebih Bagus Dari Ballack & Ozil

Chelsea mesti membayar sepenuhnya permintaan Bayer Leverkusen jika mereka mahu mendapatkan Kai Havertz.

Rudi Voeller, pengarah sukan di Leverkusen, mengatakan tidak ada potongan diskaun COVID untuk Havertz. Beliau seolah olah menyindir Chelsea yang mahukan harga jauh lebih murah kerana impak covid yang melanda.

Banyak kelab lain setuju mengurangkan harga kerana mahukan wang. Namun bukan Leverkusen.

Leverkusen dilaporkan mahu sekurang kurangnya sejumlah £90 juta untuk Havertz. Sementara itu, Chelsea hanya mahu membayar sekitar £70 juta pound.

Voeller menegaskan bahawa setiap kelab boleh mendapatkan Havertz. Namun, mereka harus membayar jumlah yang diminta Leverkusen.

“Kami tahu ada sejumlah kelab yang berminat untuk menandatanganinya, terutama Chelsea,” kata Voeller, seperti yang dilaporkan oleh Goal International.

“Tetapi bagi kami situasinya mudah. Dia mempunyai kontrak dua tahun, siapa pun boleh mendapatkannya selagi mereka setuju dengan permintaan kami.”

“Jika tidak, ya, dia akan terus kekal di sini untuk tahun depan dan kami sangat gembira dengan itu. Bagi bintang seperti dia, tidak ada potongan diskaun COVID,” tambahnya.

Voeller menjelaskan bahawa Leverkusen tidak mahu melepaskan Havertz. Menurutnya, Havertz adalah antara pemain terbaik yang pernah bermain di kelab itu.

“Saya rasa dia adalah yang terbaik yang pernah dia tunjukkan di Leverkusen. Saya sudah lama berada di sini. Saya telah melihat Emerson, Michael Ballack, Ze Roberto, Toni Kroos, tetapi dia jauh di atas mereka,” kata Voeller.

“Bahkan Havertz jauh lebih baik daripada Ballack dan Ozil,” tambahnya.

Havertz sendiri dikatakan berminat untuk menyertai Chelsea. Lebih-lebih lagi, the Blues akan muncul di Liga Juara-Juara musim depan.

Petr Cech sebagai Penasihat Teknikal Chelsea dilaporkan akan terbang ke Jerman untuk berunding secara langsung dengan Leverkusen mengenai perpindahan Havertz.

Baca yang lain