Levy Tak Mahu Labur Duit Penjualan Kane Antara Sebab Conte Tolak Tawaran Spurs

Hari ini, pagi pagi buta waktu Malaysia, Antonio Conte menamatkan rundingan dengan Spurs. Dan Fabrizio Romano melaporkan konflik dalam perbincangan adalah kerana isu gaji, isu staf, isu jual beli pemain dan juga sasaran tak realistik Levy yang mahukan jaminan kejayaan segera.

Sebenarnya Spurs berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkan Conte, sehinggalah Levy membuat spoil semua ini.

Dilaporkan beza gaji yang ditawarkan Spurs dengan yang diminta Conte adalah sekitar EUR3 juta.

Terbaru Goals melaporkan bahawa, isu Harry Kane juga antara yang menjurus kepada kegagalan rundingan tersebut.

Menurut laporan tersebut, Spurs kemungkinan akan menjual Harry Kane dalam perpindahan kali ini jika pemain itu tidak melanjutkan kontraknya. Kini fokus Kane kepada tugasan kebangsaan. Jadi perbincangan kontrak itu hanya akan diketahui selepas tamat kempen Euro.

Kane sebelum ini sudah membayangkan bahawa beliau mahu berpindah ke kelab lain kerana mahu mendapat trofi. Kane sendiri dengan jujurnya memberitahu Gary Neville dalam satu wawancara santai menegaskan bahawa beliau mahu memenangi sesuatu di dalam kariernya dan yakin dirinya mampu mencapai tahap Messi dan Ronaldo.

Conte sudah pastinya mahukan Kane kekal jika beliau dilantik. Tetapi berdasarkan situasi semasa, Kane mungkin akan dijual kerana Levy tak sanggup melihat pemain itu pergi percuma.

Conte menjangkakan Spurs akan menerima duit sehingga £100 juta daripada Kane. Beliau mahu sebahagian besar daripada jumlah itu digunakan untuk membeli pemain bintang yang baharu.

Masalahnya, Levy tidak mahu melabur semula wang penjualan itu untuk mendapatkan pengganti kepada Kane.

Levy mahu mengawal dana perpindahan berbanding dengan memberikan kebebasan kepada Conte.

Conte juga meminta bajet yang besar untuk membina semula pasukan di Spurs jika mereka benar benar mahu membina pasukan juara. Dan perkara itu juga ditolak oleh Levy yang menghadkan dana perpindahan.

Baca yang lain