Lichststeiner Perlekeh Inter Dan Klaim Kejuaraan Inter Kerana Mereka Beli Juventini

Bekas pemain pertahanan Juventus, Stephan Lichtsteiner telah mengucapkan tahniah dalam masa yang sama memperlekehkan Inter Milan.

Inter Milan kini memimpin kejuaraan Serie A dengan jurang mata yang sangat jauh daripada AC Milan.

Lichststeiner menyatakan bahawa Inter Milan menemui cara untuk menang kerana mereka terpaksa membeli bekas pemain dan pengurus Juventus, Antonio Conte.

Permusuhan dua kelab tersebut digelar Derbi Italia. Dan ianya seringkali panas melibatkan kedua dua pasukan. Walaupun dalam sejarah ramai je pemain yang melompat antara dua kelab.

Lichtsteiner, bersara daripada bola sepak pada Ogos 2020. Beliau merupakan pemenang Serie A sebanyak 7 kali berturut turut bersama The Old Lady. Juventus secara keseluruhan sudah memenangi 9 scudetto berturut-turut.

Bercakap kepada TuttoJuve, beliau yakin Juventus akan bangkit daripada kesukaran pada hari ini.

“Setiap kali selepas ribut petir, sang mentari pasti akan muncul lagi,” kata beliau seperti kata kata Zamani Slam menerusi lagi Mentari Muncul Lagi.

“Sukar nak menghakimi musim Bianconeri musim ini. Dengan penuh kejujuran saya kata saya tak ada kesempatan untuk menonton lebih banyak perlawanan Juve,” sambung Lichtsteiner.

“Musim lalu pun mereka berisiko hilang Serie A, namun itu benda normal.”

“Saya rasa saya harus mengucapkan tahniah kepada Inter kerenah akhirnya mereka tahu juga cara nak menang. Itu pun mereka terpaksa membeli Juventini.”

“Ingatlah, selepas ribut petir, mentari muncul lagi,” ulang beliau.”

Baca yang lain