Liga M Bakal Dibuka, JDT & Kedah Berentap Membuktikan Siapa Lebih Jaguh

Liga Malaysia akan membuka tirai pada malam ini (5 Mac) apabila Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah Darul Aman turun berentap dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada jam 9.00 malam.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim iaitu gelanggang pasukan juara Liga Super 2020, JDT.

Umum mengetahui perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan liga pertama bagi kedua-dua pasukan. Malaysia Football League (MFL) tidak mengasingkan perlawanan sumbangsih dan liga.

SOKONGAN PEMINAT

Kedua-dua pasukan turun dengan sokongan kuat dari peminat masing-masing. Ia boleh dilihat melalui sambutan jualan jersi yang dilancarkan oleh pasukan.

JDT mengumumkan hasil jualan jersi pasukan mencapai angka RM1.6 juta dalam tempoh yang singkat. Sementara itu Kedah berjaya menjual 7,500 helai pada hari pelancaran.

ISU PASUKAN

Penyokong JDT tidak sempat melihat kelibat Jonathan Herrera di atas padang, penyerang yang baharu ditandatangani itu dipinjamkan ke Independiente.

JDT tidak mampu menolak tawaran lumayan dari kelab Argentina tersebut. Peluang Hererra kembali ke JDT bergantung kepada kelab tersebut sama ada mahu mengaktifkan option to buy atau tidak.

Fernando Rodriguez dijangka bakal menjadi tunjang utama pasukan. Bekas penyerang Kedah itu menghabiskan musim 2020 di Liga Perdana bersama JDT II.

Penggempur JDT II itu akan diserapkan ke skuad utama memandangkan seorang lagi penyerang import, Bergson Da Silva, baru sahaja tiba di Johor Bahru dan memerlukan waktu rehat.

Bagi skuad Kedah Darul Aman pula tahap kecergasan Renan Alves masih berada di tahap yang meragukan. Aidil Sharin tidak mempunyai banyak pilihan untuk membetuk dua pertahanan tengahnya.

Hanya pemain yang dipinjam dari Selangor Rodney Celvin, Syazwan Tajuddin dan Zulkeply Zakaria merupakan pilihan yang ada untuk pengendali dari Singapura itu.

REKOD

Perlawanan Sumbangsih malam ini merupakan edisi yang ke-35 sejak diperkenalkan. Kedah Darul Aman tampil 8 kali iaitu pada tahun 1991, 1994, 1997, 2008, 2009, 2017, 2018 dan 2020.

Mereka menang 3 kali.

Era kebangkitan JDT menyaksikan mereka menjuarai liga 7 kali berturut-turut, kelab ini tampil 6 kali dalam perlawanan sumbangsih. JDT menang 5 dari penampilan tersebut.

Dominasi 2 pasukan ini dalam pertandingan domestik juga melihat mereka berentap 3 kali di perlawanan pembuka liga sejak 4 musim lepas. JDT menewaskan Kedah Darul Aman 2 kali.

• 2021: JDT lwn Kedah (?-?)
• 2020: JDT lwn Kedah (1-0)
• 2018: JDT lwn Kedah (2-1)
• 2017: Kedah lwn JDT (1-1/5-4)

KOMEN

Pandangan dari bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar JDT mempunyai peluang lebih besar menang dalam perlawanan tersebut.

3 faktor yang digariskan oleh Azlan yang memihak kepada JDT adalah kualiti pemain yang dimilikinya, persiapan pasukan dan mereka akan bermain di laman sendiri.

Azlan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Kedah boleh mencipta kejutan di sekiranya mereka bijak mengatur strategi dan mengambil peluang mencipta jaringan.

BARISAN PEMAIN

JDT mengumumkan senarai 30 pemain utama bagi menggalas cabaran musim ini. Bagaimanapun kelab ini mempunyai 1 pasukan simpanan dimana skuad utama boleh mengguna pada bila-bila masa dari pasukan tersebut.

Fernando Rodriguez menjafi pemain pertama yang akan digunakan dari skuad tersebut.

Kedah Darul Aman pula mengumumkan 29 pemain dan Farhan Roslan dipinjamkan ke Penang. Kedah mempunyai lambakan pemain sayap.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di RTM1. Pasukan manakah yang akan menang pada malam ini?

Baca yang lain