Lihat Debut Padu Dominik Mysterio Lawan Seth Rollins Termasuk Double 6-1-9 Bersama Ayahnya

Legasi Rey Mysterio nampaknya akan diteruskan oleh anak lelakinya, Dominik Mysterio.

WWE mengambil langkah berani dengan mewujudkan babyface di saingan tertinggi di SummerSlam 2020 ketika Dominik Mysterio memberikan persembahan debut yang hebat – walaupun kalah – menentang Seth Rollins.

Dominik pasti sedar tekanan yang ada di bahunya selaku anak kepada bintang akrobatik dan elastik Rey Mysterio.

Rey Mysterio bukan sahaja penggusti tetapi juga seorang penghibur sejati dengan gerakan gerakan mereciknya.

Debut Dominik adalah berdepan dengan salah seorang penggusti terbaik di dunia di “Big Four” PPV.

Selama beberapa bulan terakhir dalam penampilan terbatas di TV, Dominik telah menunjukkan potensi serius untuk mengikuti jejak ayahnya dengan kerjaya yang sukses, dan di SummerSlam.

Dan aksi beliau menentang Rollins membuktikan dia bukan datang sebab kabel ayahnya semata mata.

Beliau menjadi penggusti yang mendapat pujian dan pilihan peminat dalam Monday Night Raw.

Kontrak Rey telah berakhir beberapa bulan yang lalu, dan beliau bekerja tanpa kontrak sehingga dia hampir “kehilangan mata” melawan Rollins dalam pertandingan “Eye for a Eye” yang terkenal di The Horror Show at Extreme Rules.

Kontrak gagal dicapai setelah permintaannya untuk kenaikan gaji ditolak oleh Vince McMahon.

Status kontrak Rey yang tidak menentu menyebabkan ketiadaannya dari Raw kerana dia dan WWE berusaha untuk membuat perjanjian yang sesuai untuk kedua-dua pihak.

Ketiadaan Rey, sepertinya menjadi penghalang kepada episod perseteruannya dengan Rollins.

Lalu WWE memutuskan ini masa terbaik untuk menaikkan kad Dominik walaupun dia masih dalam peringkat awal dalam kerjaya gusti pro.

Dilaporkan pada akhir tahun lalu bahawa WWE ingin memiliki Dominik, yang sebenarnya adalah ahli gusti terlatih tetapi mempunyai pengalaman dalam gelanggang yang terhad, bergelut bersama ayahnya di WrestleMania 36.

Ianya tidak membantu ketika itu.

Namun perkembangan beliau dalam beberapa bulan terakhir membuatkan WWE yakin bahawa mereka ada calon baharu untuk dinaikkan ke jalan cerita berprofil tinggi.

Paling menarik aksi Rey dan Dominik melakukan double 6-1-9.

Itu juga dikatakan sebagai salah cara untuk mencegah Rey meninggalkan syarikat itu. WWE masih tidak rela kehilangan Rey kepada pesaing mereka terutamanya AEW.

Ideanya adalah bahawa mendorong Dominik akan membantu meyakinkan Rey untuk tetap mengikuti WWE daripada pergi ke AEW atau di tempat lain.

Dominik masih perlukan Rey Mysterio untuk membimbingnya dalam melakukan beberapa aksi stunt. Kerana penggusti itu sangat muda dan baru.

Namun hakikatnya Rey adalah Free Agent dan dia boleh pergi pada bila bila masa. Cuma kita semua tahu perangai si McMahon ni. Rey pasti berfikir bagaimana pula dengan nasib Dominik?

Pada usia hanya 23 tahun, Dominik telah menunjukkan beberapa potensi serius untuk berkembang menjadi superstar kelas A di masa depan.

Bekerja dengan penggusti hebat seperti Rollins pada debut adalah permulaan impian setiap orang. Ditambah dengan adanya penggusti seperti Murphy yang menunjukkan aksi yang sangat bagus.

Lihatlah betapa sportingnya Seth Rollin dan Murphy membeli setiap gerakan Dominik tanpa ada gesture yang menunjukkan dia ego dan tak selesa.

Perjalanan Dominik masih jauh lagi. Adakah beliau akan meneruskan kecemerlangan legasi ayahnya?

 

 

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di