Lihat Gol Lambung McTominay Dan Lob Assist Bruno Fernandes Memerahkan Manchester

Jaringan yang keluar daripada bumi ini (out of this world) dilakukan oleh Scott McTominay pada masa kecederaan minit ke-97.

McTominay merembat terus hantaran daripada Ederson yang membaling bola tak tepat.

Ternyata McTominay tidak mempersia-siakan peluang itu dengan melakukan rembatan lambung yang sangat cantik.

Jaringan itu membunuh sisa sisa perjuangan Man City dalam perlawanan ini. Gol pada masa kecederaan yang sangat menyakitkan Ederson yang sebelum itu melakukan goalkeeper error pada gol pertama.

https://twitter.com/FBSkills/status/1236719782852001798?s=09

Gol itu adalah berkaitan dengan teknik dan konsentrasi serta decisive. Tak banyak fikir

https://twitter.com/D9INE_EUROPE_/status/1236719814028062720?s=19

Momen Bruno melakukan lob assist

Bruno Fernandes meneruskan kecemerlangan beliau di Man United.

Beliau kali ini melakukan assist yang cantik dalam aksi ini derbi Manchester yang pertama beliau di dalam karier.

Bruno Fernandes melakukan assist dengan sungkitan kepada Anthony Martial pada minit ke-30.

Gol itu adalah berpunca daripada sepakan percuma yang dimenangi oleh Bruno Fernandes selepas dijatuhkan oleh Ilkay Gundongan.

Ketika Bruno melakukan sungkitan itu, Anthony Martial telah melakukan satu early run yang sangat cantik.

Beliau menewaskan dua pemain secara gerakan, iaitu Sergio Kun Aguero dan juga Ilkay Gundongan.

Korang tengok kat sini:

Gol tersebut meletakkan Manchester United satu gol di hadapan dalam aksi derbi Manchester yang berlangsung di Old Trafford.

Bruno Fernandes setakat ini telah mencatatkan statistik:

❍ 5 games
❍ 2 goals
❍ 3 assists

Ini bermakna mereka Bruno Fernandes telah menyumbang secara langsung kepada 5 gol Manchester United dalam lima perlawanan setakat ini dalam aksi liga.

Bruno Fernandes dibeli dari Sporting Lisbon dengan bayaran £47 juta dengan tambahan bonus lebih £30 juta di dalam kontraknya.

Sejak menyertai Man Utd, Bruno Fernandes telah menjadi pemain yang memberikan impak luar biasa. Beliau telah menjadi pemain terbaik bulanan Man United di atas kecemerlangannya.

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan mereka kini memiliki seorang pemain no.10 yang bagus. No.10 yang mereka cari cari selama ini.

Bruno Fernandes cepat menyesuaikan diri dengan Man United dan juga persekitaran Liga Inggeris.

Beliau telah menjadi perancang tengah yang sangat berkesan pada ketika ini. Berjaya memperbaiki beberapa kelemahan United di tengah terutama sekali dari segi dinamik dan juga hantaran.

Sejak menyertai Man United, beliau sudah menyumbang secara langsung kepada gol sebanyak 6 kali dalam 7 perlawanan beliau bermula dalam semua kompetisi.

Selain itu, beliau juga membantu Man United tak kalah dalam tujuh perlawanan sejak hari pertama beraksi untuk Man United.

Beliau baru sahaja menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Man United. bruno Fernandes juga calon pilihan untuk menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL.

Beliau seorang pemain yang kompetitif dan sangat rajin di atas padang. Mampu menjaringkan gol dan pada masa yang sama kreatif dalam mencipta peluang gol.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di