Lihat Pemain Spurs Tercungap Cungap Dikerjakan Conte Dengan Sesi Latihan Brutal

Beberapa gambar telah tular di media sosial menunjukkan tahap kecergasan pemain Spurs diuji secara maksimum semasa latihan pramusim di Korea Selatan.

Pengurus Antonio Conte terkenal dengan pendekatan yang tidak masuk akal dan latihan brutal dan nampaknya pengurus Itali itu telah melakukan beberapa sesis latihan yang cukup sukar untuk pemainnya.

Pemain kembali daripada bercuti merupakan detik yang sentiasa dianggap neraka sama ada oleh pemain dan pengurusan kelab. Ini kerana mereka mengubah rutin mereka sepanjang rehat atau cuti selepas musim berakhir — sebelum kembali semula ke padang latihan.

Pengurus biasanya cuba untuk memastikan pemain sudah bersedia dengan intensiti yang diperlukan untuk musim biasa dalam bola sepak.

Ramai pemai sampai termuntah pun ada dikerjakan oleh pengurus mereka dalam minggu pertama pra musim.

Football.Koresponden Spurs London, Alasdair Gold hadir pada latihan pasukan Spurs di Stadium Piala Dunia Seoul.

Dan dia melihat pemain-pemain Spurs diarahkan melakukan sesi larian penuh berulang kali selepas sesi latihan dua jam mereka.

Terdapat beberapa gambar pemain Spurs berbaring di atas padang selepas larian dengan tangan di atas kepala sambil mereka tercungap-cungap.

Malah pemain kelas dunia seperti Harry Kane dan Son Heung Min bergelut dengan intensiti latihan yang dilakukan oleh Conte dan kakitangannya.

Dua pemain yang dianggap antara pemain paling fit di eropah. Bermain dalam banyak perlawanan. Tetapi mereka pun berdepan dengan kesulitan pada sesi latihan awal pra musim Conte.

Pemain yang sentiasa membuat latihan tambahan di rumah mereka atau di mana sahaja mereka berada. Kau bayangkan pula kalau mereka jenis pemain yang pada minggu rehat liga, menikmati roti canai dan tidur lewat setiap malam?

6,000 peminat yang bertuah hadir untuk menonton sesi latihan secara langsung, dan mereka pasti akan menghargai kerja keras yang dilakukan oleh pemain kegemaran mereka menjelang musim baharu.

Mereka hadir memberikan sokongan terutama sekali Spurs diwakili oleh wira negara mereka iaitu Son Heung Min yang menjadi salah seorang pemain elit dalam bola sepak dunia.

Namun pada hari itu Son antara mangsa latihan Conte sampai dia seperti putus nyawa.

Son kelihatan tercungap cungap sambil dia ditenangkan oleh Harry Kane.

Ini bukan kali pertama Conte mencabar tahap kecergasan pemainnya. Sebelum ini legenda Itali, Giorgio Chiellini mengimbas kembali detik dia menjalani latihan dalam keadaan dia belum pulih sepenuhnya.

Chiellini ketika itu masuk ke padang latihan dan berharap dia akan dikecualikan daripada menyertai rakannya yang lain kerana belum cergas sepenuhnya.

Malangnya, Conte tidak menjawab apa apa sebaliknya menghulurkan bib kepadanya.

Ini adalah musim pertama Conte mengendalikan Spurs secara penuh. Dia sudah mendapatkan beberapa pemain baharu termasuk Richarlison, Yves Bissouma, Ivan Perisic, Fraser Forster dan Clement Lenglet.

Para peminat juga akan mempunyai jangkaan yang lebih tinggi untuk musim akan datang selepas melihat urusan perpindahan kelab kali ini.

Mereka berharap Conte boleh membawa Spurs menjulang trofi pertama mereka sejak mereka memenangi Piala Liga pada 2008. Conte musim lalu berjaya membawa Spurs melayakkan diri ke saingan Liga Juara Juara Eropah musim ini. Walaupun pada awalnya mereka dianggap tidak akan dapat mara memandangkan seteru sebandar mereka, Arsenal di kedudukan lebih baik.

Perlawanan pertama pramusim mereka akan berlangsung pada hari Rabu dengan pasukan Conte akan berdepan K League XI, yang mengumpulkan pemain terbaik dari liga utama negara tersebut.

Baca yang lain