Lingard Akui Direhatkan Manchester United, Bercanggah Dengan Kenyataan Rangnick

Mungkin terma direhatkan di dalam kerangka Liga Malaysia akan membawa kepada konotasi yang seram kepada pemain atau pengurus yang terlibat. Biasanya di Liga M itu merujuk kepada mereka yang sudah dipecat atau dibuang secara teknikalnya, cuma masih disimpan sebab tak nak bayar pampasan lansam pada masa itu.

Baiknya, di Manchester United, juga berlaku aktiviti merehatkan pemain. Namun berlaku konflik dalam kenyataan antara Ralf Ragnick dan Jesse Lingard.

Rangnick pada awalnya menyatakan bahawa Lingard meminta cuti rehat kerana mahu mengosongkan fikirannya yang bercelaru. Namun pengurus itu menafikan bahawa ianya ada kaitan dengan Mason Greenwood. Ini kerana sebelum ini terdapat laporan bahawa Lingard bengang dengan Greenwood yang menjadi punca dia gagal berpindah ke kelab lain – dipercayai merujuk kepada Newcastle.

Ralf Rangnick, mengatakan Jesse Lingard tidak akan terlibat dalam perlawanan Piala FA menentang Middlesbrough pada hujung minggu ini. Sambil mengesahkan bahawa, kelab terpaksa mengubah pendirian untuk terus mengekalkan Lingard selepas apa yang menimpa Mason Greenwood.

United u-turn

Awalnya Man United sedia melepaskan Lingard secara pinjaman dengan syarat bukan ke West Ham atau Spurs yang menjadi pesaing kelab untuk top 4. United sebelum itu sudah melepaskan Anthony Martial, Amad Diallo dan Donny van de Beek. Malang untuk Lingard apabila Greenwood yang membelasah dan memperkosa aweknya sendiri telah membuatkan Man United nekad mengekalkan Lingard.

Lingard kemudian terbang ke Dubai semasa rehat antarabangsa kali ini, dan jurulatih Rangnick berkata bahawa pemain itu tidak akan bermain dalam perlawanan Pusingan Keempat Piala FA menentang Middlesbrough.

“Tiga minggu lalu, Jesse tidak mahu berpindah tetapi kemudian dia mengubah fikirannya,” kata Rangnick kepada Manchester Evening News.

“Saya bercakap dengannya 10 hari lalu dan saya faham sepenuhnya mengapa dia mahu pergi, untuk mendapatkan masa bermain untuk masa depannya bagi mendapatkan tempat di Piala Dunia.”

“Saya kemudian berkata jika dia menemui kelab yang sesuai dan kelab itu mencapai kesepakatan dengan kelab kami [dari segi harga atau bayaran], saya akan melepaskannya.”

“Sudah tentu, perkembangan dalam beberapa hari kebelakangan ini telah mengubah keadaan. Di satu pihak, kami juga tidak mendapat tawaran dari kelab lain [yang memuaskan] dan keputusan muktamad terletak pada pengarah.”

“Kami memutuskan untuk mengekalkan Jesse sehingga akhir perlawanan. musim.”

Rangnick: Lingard minta cuti

Kemudian Rangnick menyatakan bahawa Lingard tidak akan berlatih atau bermain pada masa ini. Kerana pemain itu sendiri meminta untuk berehat.

Rangnick berkata: “Jesse meminta untuk cuti sehingga Isnin dengan untuk mengosongkan fikirannya.”

“Dia bercuti buka sebab kami ada masalah dengan Mason Greenwood, ataupun kami gagal capai kesepakatan dengan kelab lain.”

Ralf Rangnick mengesahkan bahawa Greenwood masih digantung daripada tugasannya walaupun sudah dibebaskan atas jaminan polis. Dan beliau menambah, skuadnya berlatih seperti biasa.

Lingard: Saya direhatkan

Berbalik kepada cuti Lingard, pemain itu sendiri bersuara menafikan bahawa dia meminta cuti. Sebaliknya menurut Jesse Lingard, kelab yang memberitahu dan menyarankannya agar dia berehat atas alasan peribadi.

Lingard menerusi Twitternya berkata: “Kelab menasihati szaya agar saya mengambil cuti atas sebab peribadi! Namun kepala saya ‘clear’ [tiada apa apa masalah] dan saya sentiasa profesional apabila dipanggil dan memberikan 100 peratus.”

Ini bukan pertama kali pemain Man United menggunakan media sosial untuk menafikan kenyataan Ralf Rangnick. Sebelum ini Anthony Martial menafikan bahawa dia tidak mahu bermain untuk United lagi sebab mahu pindah ke Sevilla – seperti yang didakwa Ragnick.

Sebaliknya Martial menyatakan bahawa dia sentiasa 100% komited untuk kelab dan sedia beraksi pada bila bila masa dia diperlukan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di