Lionel Messi Minta 2 Perkara Sebelum Sertai Manchester City

Manchester City masih berharap dapat menandantangi Lionel Messi walaupun gagal membawanya ke Etihad pada jendela perpindahan awal musim ini. Bagaimanapun terdapat beberapa permintaan dari pemain tersebut sebelum dia mempertimbangkan pergi ke sana.

Messi sebelum ini telah mendedahkan akan meninggalkan Nou Camp selepas Barcelona tewas besar kepada Bayern Munich (2-8) pada pertandingan Liga Juara-Juara musim lepas. Kelab egasi Sepanyol itu pula menegaskan Messi tidak akan dilepaskan secara percuma.

Situasi menjadi sedikit kacau apabila Messi merasakan dia boleh keluar dengan percuma.

“Saya rasa dan yakin saya bebas untuk keluar.” kata Messi kepada Goal pada September lepas

“Presiden selalu mengatakan saya boleh putuskan mahu keluar atau kekal pada hujung musim (2019/20) tapi akhirnya dia tidak menepati janji.”

“Sekarang saya kekal di kelab kerana presiden mengatakan hanya ada satu cara saya boleh keluar iaitu dengan membayar klausa pelepasan 700 juta dan ini mustahil.”

Manchester City dilaporkan akan menawarkan pra kontrak kepada pemain itu pada Januari ini. Messi akan tamat kontrak bersama Barcelona pada penghujung musim 2020/21. Barcelona perlu menerima hakikat pemain yang menang 6 kali anugerah Ballon d’Or ini mungkin akan pergi dengan percuma.

Messi dikatakan mahu 2 perkara berlaku terlebih dahulu di Manchester City sebelum pergi ke sana.

1. PEP GUARDIOLA PERBAHARUI KONTRAKNYA

Pep Guardiola, yang menjadi pengurus Barcelona, menang 2 kali Liga Juara-Juara bersama Messi. Pengurus ini telah memasuki musim ke-5 di Etihad merupakan pengurus paling lama berkhidmat di Nou Camp iaitu selama 4 musim. Dia juga mengurus kelab gergasi Jerman, Bayern Munich selama 3 musim.

Kontrak Guardiola kini berada di tahun akhir, pengurus kelahiran Sepanyol ini perlu menyambung kontraknya terlebih dahulu di Manchester City. Guardiola sebelum ini telah membawa kelab itu meraih 6 kejuaraan major di pertandingan domestik apabila memenangi Liga Perdana 2017/18, 2018/19, Piala FA 2019 dan Piala Carabao 2018, 2019, 2020.

Namun dia tidak pernah menang Liga Juara-Juara selepas meninggalkan Barcelona.

2. SERGIO AGUERO DIKEKALKAN

Sergio Aguero menghadapi masalah kecederaan dan kecergasan yang teruk pada musim ini. Situasi di Manchester City lebih parah apabila Gabriel Jesus juga menghadapi masalah yang sama.

Ketika masalah ini timbul terdapat beberapa nama dikaitkan untuk dijadikan sasaran kelab seperti Lautaro Martinez dan Erling Haaland. Namun kaitan itu tidak penting kerana Messi mahukan Aguero kekal.

Minggu perlawanan antabangsa kali ini Aguero tidak dapat menyertai Messi untuk menggalas cabaran Argentina di kempen kelayakan Piala Dunia. Argentina seri 1-1 menentang Paraguay pada 13 November dan akan bertemu Peru pada 18 November ini.

Adakah Messi ke Manchester City akan menjadi kenyataan pada musim hadapan?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di