Liverpool 2 Napoli 0: Menjelaskan Bagaimana Gol Nunez Dikira Sah Dan Tak Ofsaid

Mohamed Salah menjadi wira kemenangan Liverpool di Anfield dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk UCL bagi kumpula A.

Liverpool sebelum ini tewas di tangan Napoli pada aksi pertama di Itali. Berjaya membalas dendam kekalahan itu walaupun hanya dengan margin 1 gol.

Walaupun kedua dua pasukan sudah sah mara, namun perlawanan ini masih boleh mempengaruhi siapa yang akan menjadi juara kumpulan.

Dengan hanya kemenangan 1-0 dicatatkan Liverpool, maka Napoli secara selesanya masih menjadi juara kumpulan.

Kedua dua pasukan melakukan pertarungan taktikal yang sengit di atas padang. Tidak membenarkan lawan masing masing berasa selesa di serangan.

Napoli sebenarnya hampir sahaja di hadapan pada minit ke-53, menerusi tandukan Ostigard. Namun VAR memeriksa gol itu dan mendapati pemain tersebut sudah pun ofsaid.

Liverpool yang sebelum ini tewas di tangan Leeds di Anfield pastinya mahu mengelak untuk kekalahan kedua berturut turut.

Napoli antara pasukan yang berada dalam prestasi terbaik di antara pasukan yang beraksi di 5 liga teratas Eropah.

Selepas kesukaran untuk mencipta peluang dengan lebih baik, Jurgen Klopp memasukkan Darwin Nunez.

Pemain itu ternyata menjadi pemain yang mengubah corak serangan Liverpool dari segi fizikalitinya.

Dia menjadi pemain yang menanduk tepat hantaran sepakan penjuru Tsimikas, yang membuatkan penjaga gol termuntah bola, dan hampir sahaja bola melepasi garisan secara keseluruhannya.

Mo Salah melakukan tindakan susulan yang terus memberikan gol kepada Liverpool.

Beberapa minit kemudian, Darwin Nunez melakukan hantaran rendah yang cantik melintasi gawang Napoli, mujur ianya dikeluarkan pertahanan.

Bagaimana pula dengan gol Nunez?

Tidak lama selepas itu, Nunez menjaringkan gol apabila tandukan Van Dijk termuntah daripada tangan Meret dan disambarnya masuk.

VAR memeriksa gol tersebut dan mengesahkannya adalah gol tiada ofsaid.

VAR memeriksa sama ada Nunez menghalang penglihatan penjaga gol ketika tandukan Van Dijk. Jika ya, ianya dikira ofsaid.

Namun dia tidak menghalang penjaga gol daripada situasi itu dan, tidak ada ofsaid untuk bola yang disambar oleh pemain lawan kerana bola yang datang daripada pemain pertahanan atau penjaga gol. Walaupun pemain tersebut berada di kedudukan ofsaid.

Lihat kedudukan Nunez di sini ketika Van Dijk melepaskan tandukannya, dia tidak menghalang penjaga gol.

Dan gambar kedua ini, Nunez menjaringkan gol hasil kesilapan penjaga gol yang termuntah bola dari tangannya.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari