Liverpool Bergelut Dengan Kreativiti

Liverpool turun dalam aksi derbi Merseyside di Goodison Park berdepan dengan Everton.

Liverpool turun dengan meletakkan Mo Salah di bangku simpanan.

Richarlison memiliki peluang pada sawal minit ke-4. Namun percubaannya melintasi gawang gol.

Liverpool kemudian tampil dengaa aksi lebih dominan. Tetapi The Reds bergelut nak mencipta peluang gol dalam perlawanan ini.

Matip melakukan tandukan yang cantik menyambut bola mati. Namun tandukannya tak tepat.

Pada minit ke-33 Firmino memiliki peluang yang baik selepas Takumi Minamino melakukan press ke atas Andre Gomes.

Namun sayang sekali rembatan Firmino tersasar.

Pada minit ke-39 Sadio Mane melakukan larian deras. Tetapi Michael Keane menjatuhkankannya dan mendapat kad kuning.

Trent Alexander-Arnold Kemudian melakukan rembatan daripada sepakan percuma dari luar kotak penalti. Tetapi diselamatkan Jordan Pickford.

4 minit sebelum separuh masa pertama berakhir, James Milner pula dikeluarkan kerana kecederaan. Joe Gomez dimasukkan.

Naby Keita kemudian bergandingan dengan Sadio Mane dalam satu aksi permainan kombinasi kemas. Namun percubaan Minamino diblok oleh Holgate.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0.

Klopp melakukan pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Alex Oxlade-Chamberlain, mengeluarkan Takumi Minamino.

Liverpool mendapat peluang cantik daripada Naby Keita yang menerima bola dadaan Firmino. Sayang sekali kungfu beliau tak cukup tajam.

Pada minit ke-57, Van Dijk menyambut sepakan penjuru Trent Alexander Arnold, namun tandukannya tepat terus ke dakapan Pickford.

Divock Origi Kemudian dimasukkan menggantikan Roberto Firmino.

Pada minit ke-73, Joel Matip pula terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Klopp membawa masuk Dekan Lovren.

Pada minit ke-79, Calvert Lewin melakukan backheel yang hampir masuk namun ditepis dengan save kemas daripada Alisson. Susulan daripada Tom Davies Hamir sahaja masuk.

Everton turut hampir mendapat gol daripada sepakan percuma selepas itu. Sekali lagi Calvert Lewin hampir menjaringkan gol. Kali ini tandukannya singgah di side netting.

Liverpool tiba tiba mabuk ketum dengan Lovren tergelincir pulak. Richarlison hampir mendapat gol. Tetapi rembatannya tepat ke arah Alisson yang memberikan reaksi world class.

Pada masa Kecederaan, Fabinho melakukan sepakan percuma deras yang diselamatkan oleh Jordan Pickford.

Entah apa yang dilakukan Ancelotti, memuaskan Mouse Kean menggantikan Calvert Lewin Ketika pengadil nak meniup wisel penamat.

Aksi berakhir dengan seri 0-0.

Everton masih gagal menamatkan kemarau kemenangan mereka dalam aksi Derbi Merseyside.

Rumusan

Liverpool jelas bergelut dengan isu kreativiti dalam perlawanan ini.

Namun harus diingati ini adalah derbi dan selepas 106 hari tak bermain.

Diharap next game aspek permainan dan kreativiti diperbaiki.

Sebagai rekod, game derbi Merseyside kat Goodison memang banyak seri.

Liverpool kini mengutip 83 mata — 23 mata di atas Man City.

Liverpool hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka. Hmmm…

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari