Luton 3 Arsenal 4: Gol Masa Kecederaan Minit 90+7 Declan Rice Lengkapkan Comeback The Gunners

Arsenal kini melebarkan pendahuluan di puncak liga kepada lima mata selepas gol lewat masa kecederaan Declan Rice memastikan Arsenal menang 4-3 ke atas Luton Town. Ianya aksi yang sarat gol dan sangat mendebarkan buat Arsenal.

Arsenal dikejutkan oleh 2 kesilapan mahal daripada penjaga gol David Raya, pasukan Mikel Arteta ketinggalan 3-2 pada separuh masa kedua pertembungan yang saling berbalas serangan di Kenilworth Road.

Tetapi Arsenal bangkit untuk mengukuhkan pendahuluan mereka di tangga teratas liga hasil jaringan penyamaan Kai Havertz dan tandukan Rice pada masa kecederaan.

Keraian liar daripada Arteta dan pemainnya menggariskan betapa lega dan pentingnya kemenangan ini untuk menjarakkan diri daripada pasukan pesaing mereka.

Gabriel Martinelli telah membuka jaringan untuk Arsenal, dengan pemain Luton Gabriel Osho menyamakan kedudukan dan Gabriel Jesus memulihkan kelebihan pasukan pelawat sejurus sebelum separuh masa.

Elijah Adebayo menjaringkan gol penyamaan kedua Luton sejurus selepas separuh masa berpunca daripad kesilapan pertama Raya dan Ross Barkley mendapat manfaat daripada satu lagi kesilapan penjaga gol Sepanyol itu.

Tetapi Arsenal kembali menyamakan kedudukan hanya tiga minit kemudian menerusi Havertz, yang menerjah masuk dari jarak dekat selepas Jesus menunjukkan kekuatan yang mengagumkan untuk menewaskan pertahanan lawan sebelum mencipta peluang kepada rakannya.

Pemain tengah England, Rice telah menentukan perlawanan dengan memberikan Arsenal enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan sejak kekalahan kontroversi kerana VAR mereka di Newcastle.

Rice dengan tenang menjaringkan gol keempat Arsenal untuk memastikan mereka benar benar memiliki karakter yang diperlukan untuk mengejar kejuaraan musim ini.

Arsenal benar benar berhak meraikan satu lagi episod kebangkitan dramatik mereka.

Liverpool yang berada di tangga kedua boleh merapatkan kembali kepada jarak dua mata dari Arsenal jika menang di tangga tercorot Sheffield United pada hari Rabu.

Luton telah menyukarkan pasukan Arsenal. Luton memiliki rekod yang agak baik di halaman mereka musim ini, memperoleh keputusan seri 1-1 dengan Liverpool, yang memerlukan gol penyamaan terakhir dari Luis Diaz untuk mengelak kekalahan.

Arsenal adalah pasukan pelawat yang paling tak digemari lawan mereka sejak awal musim lalu – berjaya memenangi 17 perlawanan di tempat lawan dalam tempoh itu — dan lawatan pertama The Gunners ke Kenilworth Road selama 32 tahun membawa kemenangan pertama mereka di venue sejak 1984.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari