‘Macam Lawan Team Kampung’ – Perancis ‘Tak Rileks’ Belasah Gibraltar 14-0

Perancis ‘tak relaks’ ketika mereka membedal negara kerdil Gibralter 14-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024 semalam. Di mana skuad bimbingan Didier Deschamps menang besar 14-0 dalam perlawanan sangat berat sebelah dari segi kualiti.

Les Bleus kini mencatatkan kemenangan ketuju mereka dalam kelayakan Euro 2024 dan mereka melepaskan geram pada Gibraltar pula menjaringkan 14 gol tanpa sebarang balas daripada pihak lawan.

Jaringan sendiri Ethan Santos membuka tirai jaringan untuk Perancis pada minit ketiga. Kemudian Marcus Thuram menambah gol seminit selepas itu.

Malang berganda buat Ethan Santos di mana dia dibuang padang dan pasukannya terpaksa bermain 10 pemain.

Pemain yang melakukan debutm Warren Zaire-Emery mencatatkan gol sulung untuk kariernya bersama Perancis, kemudian Kylian Mbappe, Jonathan Clauss, Kingsley Coman dan Youssouf Fofana semuanya dalam senarai penjaring pada separu masa pertama.

Di mana Perancis masuk ke bilik persalinan dengan skor 7-0. Peminat Perancis jelas sekali terhibur dengan aksi itu.

Perancis tidak menurunkan gear mereka langsung pada separuh masa kedua. Di mana Rabiot, Coman dan kemudian Ousmane Dembele menjadikan kedudukan 10-0 pada minit ke-73.

Kylian Mbappe menjaringkan gol kedua peribadinya tidak lama selepas itu sebelum mencatatkan hatriknya pada minit ke-82 untuk menjadikan kedudukan 12-0.

Olivier Giroud menambah 2 lagi gol pada lewat perlawanan untuk memastikan pasukannya menang 14-0.

Peminat mengibaratkan perlawanan ini ibarat aksi persahabatan menentang pasukan amatur. Di mana pasukan berkelas dunia seperti Perancis dilihat sangat mudah menembusi gawang lawan mereka.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana Perancis menjaringkan 14 gol ke atas lawan mereka terutama sekali dalam aksi kompetitif dalam aksi kelayakan Euro.

Skuad Didier Deschamps sekali lagi tampil sebagai pasukan pilihan dalam aksi Euro 2024 selaku naib juara Piala Dunia 2022 yang lalu.

Kylian Mbappe terus menambah golnya bersama Perancis. Pada usianya sangat muda, Mbappe sudah menjadi pemenang Piala Dunia bersama Perancis.

Dan aksi Euro 2024 dianggap penting untuk Mbappe membuktikan bahawa dia sedia menjadi pemenang Ballon d’Or pada tahun depan.

Baca yang lain