Malaysia Kandas Di Bumi Siam Selepas Aksi Gugup Berdepan Free Flowing Football Thailand

Thailand terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa bopa sepak Asia Tenggara. Dan berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan serantau Piala AFF 2022 selepas menewaskan Malaysia pada separuh akhir kedua.

Malaysia membawa bekalan tipis 1 gol dari Bukit Jalil. Dan berharap akan dapat meraih sebarang gol tempat lawan. Ini kerana Piala AFF masih menggunakan sistem gol tempat lawan.

Namun itu tidak dapat dilaksanakan Malaysia. Kerana skuad Harimau Malaya beraksi dengan sangat gugup. Banyak hantaran lemah dan tak sampai.

Lebih setengah jam Malaysia beraksi tanpa sebarang percubaan ke arah gol.

Thailand di hadapan menerusi legenda ASEAN yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Piala AFF, Teerasil Dangda yang menanduk deras bola hasil umpanan Theerathon Bunmathan.

Thailand berjaya memadamkan agregat dibawa Malaysia seawal minit ke-19.

Malaysia tidak menemui rentak mereka sepanjang perlawanan. Thailand semakin dominan dan cuba untuk mendapatkan gol kedua secepat mungkin.

Ini kerana Thailand sedar bahawa Malaysia akan mendapat kelebihan jika mereka menjaringkan 1 gol.

Malaysia mendapat beberapa percubaan pada babak akhir sebelum rehat. Dominic Tan memiliki percubaan bahaya yang terus ke tangkapan penjaga gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak tuan rumah.

Bersambung babak kedua Malaysia cuba memperbaiki rentak permainan mereka selepas separuh masa pertama yang teruk sekali.

Ada perubahan dari segi penguasaan namun Malaysia masih berdepan masalah dengan hantaran ke final third. Penyudah yang lemah dan tumpul.

Thailand akhirnya mendapat gol kedua menerusi Bordin Phala yang tidak dikawal dengan mudah melakukan first time shot pada minit ke-55.

Thailand kemudian mematikan langkah Malaysia dengan gol ketiga menerusi Adisak Kraisorn pada minit ke-71.

Malaysia kelihatan sudah hancur secara psikologi dan berterusan melakukan kesilapan serta pertahanan yang longgar.

Malaysia sedikit bernasib baik kerana tidak ada tambahan 2 atau 3 gol lagi daripada Thailand.

Tamat perlawanan, Thailand 3 Malaysia 0. Thailand mara dengan agregat 3-1.

Thailand akan menentang Vietnam pada aksi final selepas ini. Sebagai tambahan, aksi final akan diadakan dalam dua pusingan timbal balik.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan