Malaysia Lantik CEO Bank Jadi Menteri Kewangan

Perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memilih CEO salah sebuah bank utama negara itu sebagai menteri kewangannya yang baru.

Jawatan itu sebelum ini pegang oleh Lim Guan Eng.

Perlantikan itu diumumkan pada hari ini oleh PM Muhyiddin.

Beliau akan menggalas cabaran di dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar

Tengku Zafrul Aziz, merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Bhd.

Dan beliau akan mengetuai kementerian kewangan di Kabinet Perdana Menteri di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tengku Zafrul akan ditugaskan melaksanakan pakej rangsangan RM20 bilion untuk mengurangkan impak kerosakan ekonomi dari wabak Covid-19.

Pertumbuhan di Malaysia semakin perlahan sebelum wabak itu, dan impaknya kian memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia.

Pelantikan Menteri Kewangan itu seminggu selepas Bank Negara Malaysia menurunkan penanda aras kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk menentang risiko kepada ekonomi kerana kesan daripada wabak Covid-19.

Pemerhati Ekonomi Wellian Wiranto berkata kepada Bloomberg: “Perlantikan
Zafrul Aziz, adalah berdasarkan latar belakang beliau sebagai pakar perbankan, dan bukan lantikan politik.”

“Ini adalah langkah yang sangat positif walaupun kita masih perlu melihat seberapa cepat beliau menyakinkan pasaran ketika kestabilan fiskal diuji oleh impak daripada harga minyak dunia.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di