Man City Buat Struktur Tawaran Sama Dengan Arsenal Namun 2 Kali Ansuran

Gianluca Di Marzio mendedahkan bahawa Manchester City menawarkan nilai bayaran dengan struktur yang sama ditawarkan Arsenal kepada West Ham untuk mendapatkan Declan Rice.

Di mana Arsenal sebelum ini menawarkan £75 bayaran tetap dan bonus £15 juta.

Malangnya West Ham menolak bidaan tersebut kerana ada dua sebab. Pertamanya, ianya masih di bawah paras £100 juta dan satu lagi kerana bonus yang dianggap tidak realistik dan sukar dicapai.

Manchester City pula sedia mengemukana tawaran dengan nilai sama iaitu £75 juta tetap dan £15 juta bonus.

Namun nilai untuk bayaran tetap adalah dibayar dengan 2 kali ansuran. Seterusnya, Man City menawarkan pakej bonus yang dianggap lebih realistik dan boleh capai.

Selain itu Declan Rice juga harus menerima bahawa di Arsenal dia akan dijanjikan lebih minit permainan sebagai kesebelasan utama.

Di Man City, dia harus menerima bahawa Pep Guardiola menggunakan sistem penggiliran pemain.

Rice sebelum ini sudah mencapai kesepakatan dengan Arsenal dari segi terma peribadi. Cuma menunggu 2 kelab berbincang harga. Di mana setelah berminggu minggu, masih gagal mencapai kata putus.

Man City yang bertindak memantau rundingan ini dari awal memang sudah dijangka berminat untuk terlibat dalam perang bidaan dengan Arsenal.

Oleh sebab itu West Ham sendiri meramalkan kem City akan membuat bidaan minggu ini.

David Ornstein kemudian melaporkan bahawa City akan menghantar bidaan rasmi mereka hari ini.

Peminat Arsenal rata rata tidak rela kena hijack dengan Man City dalam pemburuan sasaran utama kelab itu. Kerana sebelum ini pernah dihijack EPL pada saat akhir oleh kelab itu.

Man City kemudian menyatakan bahawa mereka hanya akan menghantar bidaan rasmi itu jika Declan Rice memberikan lampu hijau bahawa dia sedia menyertai kelab itu.

Satu lagi kelab yang memantau perkembangan ini, namun dari jauh, Man United dilaporkan tidak mengambil sebarang langkah. Hanya memerhati sahaja.

Rice akan menjadi komponen penting dalam skuad Arsenal atau Man City. Pemain itu adalah pemain tengah yang berbakat besar. Dibangunkan oleh akademi Chelsea dan kemudian berkembang pesat di West Ham United.

Baca yang lain