Man United Anggap Permintaan Komisen Ibu Rabiot Dan Gaji Anaknya Sebagai Gila

Adrien Rabiot menjadi sasaran terbaru Manchester United. Dengan pemain tengah itu tidak berada dalam perancangan Juventus.

Namun fasa rundingan dengan pemain itu agak lama. Peminat bertanya tanya, adakah benar Man United benar benar mahukan Rabiot?

Dengan perpindahan Frenkie De Jong semakin rumit dan sukar, Rabiot dianggap alternatif terbaik untuk pemain itu.

Juventus dengan berbesar hati menerima bidaan daripada Manchester United dan memberikan kebenaran kepada pemain itu untuk berunding dengan Man United untuk terma peribadi.

Kedua dua kelab setuju dengan harga €17.5 juta untuk pemain tersebut.

Tetapi, masalah kini timbul apabila permintaan gaji daripada Rabiot yang diwakili oleh ibunya sebagai ejen dianggap tidak masuk akal buat masa ini. Dan Manchester United berkeras bahawa mereka sudah menawarkan gaji terbaik untuk pemain yang dianggap ‘gamble’ untuk dibeli itu.

Hal ini kerana Rabiot kurang beraksi pada musim lalu. Manchester United sudah sedia berdepan kemungkinan Rabiot akan menolak perpindahan ke Man United kerana permintaan gajinya tidak dituruti. Dan Man United sudah bersedia untuk beralih kepada sasaran lain.

Menurut seorang lagi pakar perpindahan bola sepak Itali, Nico Schira, Man United menawarkan gaji sekitar €7 juta semusim kepada Rabiot.

Namun pemain itu meminta €9 juta semusim. Kemudian ibunya, Veronique meminta €10 juta komisen ejen yang membantu memujuk kliennya menyertai Manchester United.

Manchester United kini masih berusaha untuk mendapatkan beberapa lagi pemain. Selain daripada Rabiot, Man United juga dikaitkan dengan beberapa nama penyerang lagi.

Antaranya Alvaro Morata, Pierre Emerick Aubameyang dan Mauro Icardi. Itu hanyalah beberapa nama yang dipertimbangkan United. Mereka malah dikaitkan dengan Memphis Depay.

Adakah Man United akan dapat memastikan mereka membeli beberapa pemain lagi selepas Ten Hag menyatakan bahawa pasukan ini masih memerlukan beberapa lagi pemain baharu.

Man United sudah mendapatkan Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia. Kemudian menandatangani ejen bebas Christian Eriksen. Erik Ten Hag berusaha untuk memperbaiki pasukannya selepas menelan 2 kekalahan berturut turut pada permulaan musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan